Siakap Keli
Kredit: Google

“Saya Mengaku Dulu Silap Saya Bersama Suami…”, Ibu Dilema, Anak Kecil Mula Bertanya Kenapa Namanya Berbintikan Abdullah Tapi Ayah Nama Lain

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Isu anak tidak sah taraf yang terpaksa di’bin’ atau di’binti’kan dengan Abdullah iaitu ayahnya bukan lagi perkara baharu.

Saban tahun pasti ada sahaja anak yang ‘terlibat’ dalam konflik ini akan mempersoalkan status mereka apabila mereka sudah dewasa.

Tidak dinafikan, kisah silam ibu bapa itu sudah berlalu. Kita pun yakin bahawa mereka berdua sudah berubah untuk menjadi lebih baik InsyaAllah.

Baru-baru ini, laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT) ada berkongsi satu luahan daripada individu yang memohon pandangan daripada pembaca.

Kisahnya, individu berkenaan turut mengalami masalah yang sama apabila anak kecilnya sudah membuka mulut bertanyakan soal ‘kenapa binti Abdullah’ walaupun usianya baru menjangkau lapan tahun.

Persoalannya dijawab dalam pelbagai bentuk reaksi, jawapan dan pandangan daripada warganet yang berbeza. Mari ikuti kisah ini.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

Assalamualaikum admin, mintak siarkan post saya. Hide kan FB saya ya. Saya nak bertanya.

Macam mana kita nak bagitahu anak kita kenapa dia tak berbintikan bapa dia? Anak saya perempuan. Saya mengaku dulu silap saya bersama suami.

Sekarang anak saua berbintikan Abdullah. Umur dia sekarang dah lapan tahun. Dia tanya kenapa nama dia binti Abdullah, sedangkan nama ayah dia bukan Abdullah.

Saya tak tahu nak jawab apa. Terima kasih admin. Mohon jangan kecam ya.

Apa kata pembaca?

Sehubungan itu, ramai pembaca turut berkongsi jawapan dan pandangan masing-masing terhadap persoalan tersebut.

“Kena bagitahu yang benar walaupun pahit…”

“Umur dia muda lagi..dia belum faham apa-apa kalau sis nak berterus-terang….”

“Cikgu tahu rasa jadi anak luar nikah…”

“Nanti dah besar baru mak ayah bagitahu…”

“Ayah dia ni kena ada batas aurat ya..”

“….tapi terlalu awal untuk anak sis tahu perkara sebenar…”

Ada juga warganet mencadangkan agar pengadu ini mengajukan soalannya kepada aktivis sosial yang dikenali ramai, iaitu Syed Azmi. Mungkin insan tersebut boleh membantu.

Semoga si pengadu membuat keputusan terbaik untuk anaknya. Yang penting, kalau boleh biarlah keaiban itu pergi jauh kerana kita yakin, mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam.

Semoga dipermudahkan urusan buat si pengadu ini. Amiin.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'