Siakap Keli
Gambar: @vs.brl

Terima ‘Bayaran’ Sampul Berisi Potongan Kertas, Nenek Berniaga Tepi Jalan Dakwa Ditipu Pembeli

Kisah seorang nenek yang menjual pinggan dipercayai ditipu pembeli telah menjadi tular di media sosial.

Kisah nenek itu telah dimuat naik menerusi akaun TikTok bernama @vs.brl pada Selasa (16/6/2021).

Pengguna TikTok yang memuat naik video itu menyatakan bahawa nenek tersebut merupakan seorang penjual pinggan.

Menurutnya, nenek itu telah ditipu oleh individu yang membeli barang jualannya.

Pembeli tersebut didakwa telah memberikan satu sampul surat yang disangkakan berisi sejumlah wang ketika membayar barang yang dibelinya.

Namun malangnya, sampul surat tersebut sebenarnya hanya berisi potongan surat khabar.

Kisah nenek itu telah dimuat naik oleh Visbrilla Neris Dadlika (20) yang berasal dari Solo, Jawa Tengah.

Dia mengesahkan bahawa isi sampul surat yang diterima oleh nenek itu berisi kepingan surat khabar.

“Betul, sampul surat itu mengandungi surat khabar,” katanya ketika dihubungi Tribun.

Menurut Neris, nenek itu menjual pinggan dan pakaian terpakai.

Dia terjumpa dengan nenek itu di persimpangan lampu isyarat Patung Tembak Solo.

Setelah berjumpa dengan nenek tersebut, Neris terus mendapat idea untuk memuat naik cerita itu ke akaun TikToknya.

Selepas dimuat naik, warganet yang menonton video tersebut terus meminta Neris untuk membuka sumbangan bagi membantu nenek itu.

“Ini juga merupakan kali pertama saya bertemu dengan nenek ini,” katanya.

“Pada mulanya saya hanya berkongsikannya pada story saja, namun ramai yang memberi respon terhadap video tersebut.”

“Kemudian saya terfikir untuk memuat naiknya di TikTok.”

“Ternyata ramai yang bersimpati dan mahu menghulurkan bantuan,” katanya.

Sumber: Tribun

" "