Siakap Keli

(Video) Youtuber Pasang Go Pro Pada Kura-kura, Rupanya Ini Kura-kura Buat Dalam Air

Keupayaan kamera aksi berdefinisi tinggi, GoPro sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Ia sering menjadi pilihan pertama bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak, sukan eskstrim, menyelam dan sebagainya.

Malah ia juga menjadi pilihan penunggang motosikal yang suka merakam suasana sekeliling di sepanjang perjalanan.

Tahukah anda, kamera aksi GoPro ini juga pernah dipasang di badan haiwan tertentu bagi merakam ‘perjalanannya’, sudah tentu visual rakaman tersebut sangat menarik.

Seperti apa yang dikongsikan oleh Monster Mike Fishing ini, mereka memasang kamera GoPro di atas badan seekor kura-kura untuk mengetahui apa yang dibuat haiwan tersebut ketika berada di dalam air. Mari tonton video ini.

Sumber: Youtube

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'