Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Dakwa Memudahkan Aktiviti Jenayah, Bill Gates Anggap Matawang Kripto Berbahaya & Saran Ia Diharamkan

Pengasas perisian Microsoft, Bill Gates mendakwa matawang kripto berisiko digunakan untuk tujuan jenayah dan berasakan ia perlu diharamkan.

Memetik laporan moneycontrol.com, Gates menyatakan ketidaksukaannya terhadap matawang digital tersebut selepas memberi pandangan terhadap tahap kemajuan dunia yang tidak memerlukan matawang itu.

“Cara matawang kripto berfungsi hari ini berkemungkinan boleh digunakan untuk melakukan aktiviti jenayah tertentu.

“Adalah baik untuk kita menyingkirkannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak hanya Gates, malah beberapa pakar teknologi juga dilaporkan beranggapan bahawa cenderung matawang kripto cenderung untuk disalahgunakan oleh penggodam bagi tujuan pengubahan wang haram.

“Saya tidak memiliki Bitcoin. Saya cuma mengambil pandangan yang neutral.

“Saya rasa memindahkan wang kepada bentuk lebih digital di samping mempunyai kos transaksi yang rendah, itu adalah sesuatu yang telah dilakukan oleh Yayasan Gates di negara-negara membangun (selama ini).

“Bitcoin boleh naik dan turun berdasarkan mania atau apa sahaja dan saya tidak mempunyai cara untuk meramalkan bagaimana ia (matawang kripto) akan berkembang,” tambah orang terkaya nombor dua dunia itu lagi.

Sumber: News 18

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'