Selain bank, ada sesetengah orang yang menyimpan wang mereka di dalam tabung di rumah.
Kebiasaannya, tabung tersebut akan dibeli atau dibuat sendiri daripada botol atau tin.
Walaupun tabung itu disorok daripada orang lain dan dirasakan selamat tetapi terkadang ada sesuatu yang tidak dijangka berlaku.
Menerusi perkongsian Lily Noorly Mohd Noor, dia menasihatkan orang ramai untuk tidak mencampurkan wang kertas dengan duit syiling kerana wang kertas tersebut akan mengalami kerosakan.
Menurutnya, wang rakannya yang bernilai hampir RM1000 itu semuanya mereput.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Allahuakhbar. Sekadar perkongsian bersama terjadi pada sahabat baik sendiri. Niat menabung akhirnya leboq macam tu ja. Semua duit2-duit dia mereput. Qelai. Hancoq bila nak cuba bukak lipatan. Kalau ada sesiapa yang simpan duit dalam tabung tin bercampoq duit syiling rasanya elok dielakkan. Nak kata apa lagi dah kan. Hampir Rm1k leboq mcm tu ja. Bawak pi bank tak tau la bank nak terima ka dak be strong sahabat.
Edit: Alhamdulillah Alhamdulillah. Terima kasih yang share dan bagitau boleh tukaq dan bank terima. Dia akan bawak p bank. Mudah-mudahan dipermudahkan dan dapat balik ganti. Dia kata kalau tau jadi macam ni memang tak akan simpan macam tu.
Sumber: Lily Noorly Mohd Noor