Siakap Keli

Doktor Gigi Di India Kongsi Pengalaman Dan Tips Selepas Terima Suntikan Vaksin Covid-19

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Syukur, negara kita juga salah satu negara yang telah menerima dos vaksin untuk memerangi wabak Covid-19 ini. Namun, ada beberapa perkara yang kurang senang didengari daripada mulut masyarakat akibat negatif menerima vaksin ini.

Untuk pengetahuan anda, vaksin ini adalah ubat antibodi untuk melawan sebarang bakteria dan kuman jahat di dalam tubuh kita. Percayalah, selepas masyarakat menerima suntikan vaksin ini, semoga wabak Covid-19 akan berakhir dan tidak menyerang tubuh manusia lagi.

Menerusi perkongsian daripada seorang doktor gigi yang berkhidmat di India berkongsi pengalamannya menerima suntikan vaksin di negara tersebut. Perkongsian ini memberi semangat kepada orang ramai untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 ini.

Katanya, beberapa jenis vaksin untuk Covid-19 telah berada di seluruh dunia. Terutamanya vaksin Pfizer yang baru sahaja tiba beberapa hari lepas di Malaysia, dan ada beberapa lagi iaitu Covaxin, Covishield (Astra Zeneca), Moderna dan macam-macam lagi.

Korang boleh rujuk infografik ini. 

Setiap Vaccine ini dihasilkan oleh company dan research institute yang berbeza. Kat India, kami dapat Vaccine jenis Covishield (Viral vector) yang dihasilkan oleh AstraZeneca.

Manakala di Malaysia, pfizer (mRNA) dihasilkan oleh Pfizer-BioNtech.

Apa beza pfizer dan Covishield? Vaccine ni?

pfizer menggunakan messenger RNA manakala Covishield pula guna viral vector. Cara penyimpanan vaccine ni pun berbeza. Antara sebab India pilih Covishield sebab India boleh handle dengan cara nak simpan vaccine ni.

Ok sekarang saya nak ceritakan pengalaman dapatkan Vaccine haritu.

“Starting from 1 February, India memulakan program vaccination percuma untuk frontliner workers.”

Saya dengan housemates dah lama dah tunggu nak pergi ambil. Ye lah, setiap hari jumpa patients. Pegang mulut and gigi diorang. Risau juga kan. Jadi kami pun pergi ambil vaccine dekat government hospital. Kami pergi dalam pukul 11 pagi.

Sakit tak?

Sejujurnya, tak langsung. Macam yg saya cakap kat atas, rasa dia macam kita inject masa sekolah dulu. Lepas tu dia letak cotton kat situ. Nurse pesan jangan tonyoh kuat kuat dekat tempat injection tu (takde motif pun nak tonyoh)

Ok now.. how did I feel post-vaccinated?

Sebelum tu, just for reminder ada beberapa TEMPORARY side effects yang biasa dialami selepas vaksin macam:

  • pening kepala
  • keletihan
  • rasa tak sedap badan
  • muscle ache
  • demam

“Semua ni ialah short-lived flu-like symptoms.”

Lagi satu yang common ialah, rasa sakit kat tempat injection. Ini pun biasa juga. Kesemua symptoms ini boleh jadi within sehari ke seminggu lepas vaccinated.

Kenapa ada symtoms semua ni?

Symptoms macam ni NORMAL sebab badan kita tengah hasilkan antibody baru dan kuatkan immune system badan kita. Jadi masa saya ambil tu memang dah get ready je untuk develop symptoms tu.

Awal awal lepas vaccine tu tak rasa apa apa lagi. Ok je. Saya start rasa symptom waktu malam. Start dengan rasa tak sedap badan, lepas tu saya demam.

Esoknya disebabkan hari tu hari ahad, seharian tu memang rehat kat rumah je. Sebab rasa chills demam dan rasa lenguh badan. Tapi semua ni slow2 beransur pulih dan malam ahad tu saya dah getting better. Rasa okay dah.

Ini tips selepas cucuk vaksin

Tips yang saya nak kongsikan, lepas vaccinated tu pastikan dapat rehat secukupnya, minum air, mandi dan tidur awal. Make sure badan hasilkan melatonin secukupnya dengan tidur awal (jam 9/10 malam).

Kita kena bagi kerjasama dengan badan yang tengah hasilkan antibody yang baru. The next day hari Isnin tu, bangun pagi dah rasa so much better. Saya boleh bertugas di klinik macam biasa. Tak ambil leave and cergas je jumpa patients. Alhamdulillah.

Kesimpulannya, korang jangan lah takut nak ambil vaccine ni. Macam yang saya tulis kat atas, side effects tu boleh ada tapi ia TEMPORARY.

Jom kita spread awareness pasal vaccine ni dan buang rasa skeptikal dengan COVID vaccine. @DrAmalinaBakri pun dah dapat pfizer.

 

Sumber: Syazwani smd

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.