Siakap Keli
new tradewinds square
Gambar: Woods Bagot

Gambaran Menara New Tradewinds Square, Projek Dalam Peringkat ‘Proposal’ Untuk Dibina Di Kuala Lumpur

Sebuah menara pencakar langit dilaporkan telah diusulkan untuk pembinaan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Dinamakan New Tradewinds Square, menara ini dijangka memiliki ketinggian melebihi menara Merdeka 118 dan menara berkembar Petronas (KLCC).

Menurut laman Woods Bagot, rekaan bangunan seluas 5.7 juta kaki persegi ini akan menggabungkan unsur corak geometrik Islam dan elemen semulajadi dalam binaannya.

Tradewinds Square Tower akan berdiri bersebelahan dengan bangunan tertinggi di dunia, dan dengan bangga akan mendapat gelaran menara tertinggi di Kuala Lumpur yang melangkaui Menara Petronas yang berdekatan dan melebihi ketinggian Menara Warisan Merdeka yang dicadangkan.” -Woods Bagot

Gambar: Woods Bagot
Gambar: Woods Bagot
Gambar: Woods Bagot
Gambar: Woods Bagot
Gambar: Woods Bagot

Sumber: Woods Bagot