Siakap Keli
Kredit: Google

Ia Mungkin Berlaku Tanpa Diduga, Abang-abang Kena Tahu Ini Tanda Kanser Prostat Dari Awal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biasanya kita kerap mendengar tentang risiko penyakit kanser yang sering menghantui kaum wanita seperti kanser rahim dan payudara.

Tapi jangan tidak tahu, rupa-rupanya kaum lelaki pun tidak ‘terlepas’ daripada risiko kanser juga, iaitu kanser prostat.

Nak tahu lebih lanjut tentang simptom dan bahaya kanser ini? Mari ikuti perkongsian oleh  laman portal kesihatan Hello Doktor di bawah ini.

Ia mungkin berlaku tanpa diduga! Lelaki, kena tahu tanda kanser prostat dari awal

Kredit: Hello Doktor

Mungkin ramai lelaki yang mengalaminya tapi tidak tahu kerana tidak cakna akan tanda kanser prostat yang sebenar-benarnya.

Persoalannya, apakah tanda tanda kanser prostat yang kita semua perlu tahu?

Adakah perlu tunggu sehingga simptom kanser prostat menjadi buruk, baru hendak bertindak?

Tenang, ayuh sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu tentangnya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.

Apa itu kanser prostat?

Sebelum itu, kalian perlu tahu bahawa kelenjar prostat terletak di bawah pundi kencing dan berada di depan rektum.

Kelenjar ini bertanggungjawab menghasilkan cecair seminal yang merupakan salah satu komponen di dalam air mani.

Sekiranya sel barah mula memasuki dan mendiami kawasan kelenjar ini, maka akan terjadilah kondisi yang bernama kanser prostat.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis kanser prostat dan ia bergantung kepada kawasan tisu yang terlibat. Antara jenis yang biasa berlaku adalah seperti berikut:

  • Adenokarsinoma
  • Karsinoma sel kecil
  • Karsinoma sel transisional
  • Karsinoma sel skuamos
  • Tumor neuroendokrin
  • Sarkoma
Gambar sekadar hiasan | Kredit: Hello Doktor

Walau apapun jenisnya, kanser ini adalah sangat berbahaya kerana ia mungkin tidak akan menunjukkan sebarang simptom.

Lebih membimbangkan, anda mungkin baru sedar sedang menghidapinya apabila sudah berada pada tahap yang teruk.

Apa tanda kanser prostat?

Meskipun begitu, ada beberapa simptom kanser prostat yang mungkin boleh diperhatikan jika anda lebih peka dengan perubahan pada tubuh badan.

Berikut adalah tanda tanda kanser prostat yang diperkatakan:

1. Sangat kerap kencing

Ramai yang mungkin akan salah faham ia adalah masalah pundi kencing terlalu aktif, namun ada sebab lain yang mendalanginya.

Jika ia selalu terjadi khususnya pada waktu malam, segera berjumpa doktor untuk diagnosis sama ada ia kanser ataupun tidak.

2. Sukar kawal kencing

Selain terlalu kerap membuang air kecil, penderita juga mungkin mengalami sedikit kesukaran serta kesakitan untuk mengawal air kencing.

Ketika membuang air kecil, penderita mungkin sukar untuk memulakan atau menghentikan pengeluaran air kencing.

Kredit: Hello Doktor

3. Mati pucuk

Masalah yang paling ditakuti oleh lelaki, disfungsi erektil atau mati pucuk ini sebenarnya juga merupakan salah satu daripada simptomnya.

Ini disebabkan oleh kelenjar prostat yang telah rosak akibat dimakan sel barah sekali gus membawa kerunsingan berlanjutan.

4.  Rasa tidak selesa ketika sedang duduk

Selain mati pucuk, sel kanser ini turut akan menjejaskan kelenjar prostat lantas menyebabkan masalah seperti pembengkakan prostat.

Pembengkakan inilah yang seterusnya akan mengundang rasa tidak selesa ketika sedang duduk terutamanya jika terlalu lama di posisi tersebut.

5. Sakit tulang

Tulang terutamanya pada bahagian belakang, pinggul atau rusuk mungkin akan mengalami kesakitan secara mengejut.

Ini didasari oleh faktor di mana sel kanser daripada kelenjar prostat ini telah merebak ke tulang kawasan tersebut.

6. Air kencing berdarah

Selain terlalu kerap, sakit atau sukar kawal kencing, air kecil yang keluar daripada penderita kanser prostat juga mungkin berdarah.

Ia merupakan simptom yang agak ketara dan anda perlu segera berjumpa doktor untuk diagnosis yang lebih cepat dan tepat.

7. Berat badan menyusut

Simptom kanser prostat ini juga mungkin merupakan antara tanda-tanda awal yang terjadi buat penderita semua jenis kanser lain.

Tanpa mengetahui sebabnya, anda mungkin akan mengalami penyusutan berat badan meskipun tidak menjalani sebarang diet tertentu.

Apa yang boleh anda lakukan?

Pertama sekali, kalian perlu lebih peka dengan tanda tanda kanser prostat ini dengan memerhatikan perubahan pada tubuh badan.

Ini terutamanya buat mereka yang mempunyai faktor risiko tinggi iaitu:

Sekiranya anda mula perasan wujud sebarang tanda kanser prostat pada diri, segera berjumpa doktor untuk diagnosis yang lebih cepat dan tepat.

Sumber: Hello Doktor