Pemakaian subang pada anak-anak kecil sememangnya kelihatan cantik tetapi ibu bapa juga perlu memberi perhatian kepada keselamatan mereka.
Bukan untuk meminta sesuatu yang buruk berlaku, namun kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang.
Menerusi kiriman Dewi Diana Samsudin, dia berkongsikan detik-detik di mana anak kecilnya terpaksa menjalani pembedahan setelah mengalami kecederaan akibat subang yang dipakai olehnya.
Ikuti perkongsian Dewi di bawah ini.
Syukur alhamdulilah, terima kasih semua doakan kesihatan delisha diana wi.
Maaf semua yang WhatsApp wiwi, wi tak dapat balas semua WhatsApp nya.
Kenapa dipakaikan subang untuk anak (ni atas ibubapa itu sendiri)
Dari tindik dapat subang dekat klinik (tak serasi), pakai kan emas (serasi, tapi delisha suka cabut),pakaikan yang mcm lidi (dia ambil masuk mulut), pakaikan bentuk mata kail (tersangkut dekat kain) last pakaikan subang yang screw belakang (fikir tak kena apa-apa, sebab dah berapa bulan pakai, elok je terletak (dekat gmbr bawah).
#korang takkan terfikir bila benda ni akan terjadi, kalau wi tahu, wi tak pakaikan dan wi takkan suka-suka nak dera anak lah, sapa tak sayang anak.
Ape yang berlaku, dia berdiri pegang kipas (kipas tak hidup,kipas bawah), nak capai apa tak tahu belakang kipas, dia terduduk dan menangis (rupanya subang tu dah tersangkut pada jaring kipas, husband tak sempat nak pegang kepala dia, dia dah panik masa tu (terus dia rentap telinga dia dekat kipas tu) dan menangis.
Wi dekat dapur terus ambil dia sebab dia dekat bilik dengan ayah dia (selalu tak ada ape berlaku, bila kata nak jadi, jadi lah kejadian itu) kalau boleh putar masa, wi tak ada lah nak biarkan, wi ambil dia, sebab dia nangis tak berhenti, tengok-tengok cuping telinga dia dah koyak besar darah mengalir je.
Terus bawak pergi klinik (sampai klinik Dr takleh jahit sebab delisha bawah umur 2tahun) terus refer hospital sampai hospital (kecemasan), terus masuk dalam, tunggu lagi(delisha dah tak nangis sebab luka tu dah kebas, dah tak rasa apa), Husband tak boleh masuk sebab bawak rayyan, call angah suruh amik rayyan (mak aton tak tahu apa-apa lagi) tak sempat nak bagitahu family apa yang berlaku.
Dr dah tengok lukanya (pihak kecemasan tak boleh buat sebab koyaknya besar kena refer pakar telinga, dapat appointment dengan pakar pukul 2 petang (kami tunggu dari 12 tenghari sampai 2 petang, kami tak makan apa sebab risaukan delisha) dia dah start ngamuk nak tidur.
Jam 2 petang, wi masuk sorang sebab husband takleh masuk, dia cakap sorang je boleh masuk teman anak, ok takpe kita tunggu Dr pakar panggil. Sebelum masuk, sempat susukan dia (tak smpai 5 minit dia dah tido) dan dorang panggil jumpa pakar telinga masuk dorang tengok besar lukanya dan dorang cakap boleh buat (kita bagi ubat tido) dan dorang cakap nak gam je, wi cakap bagi jahit (sebab delisha sekarang aktif, bila-bila dia boleh tarik telinga dia tu, dorang bagi wi ubat suruh delisha minum (ubat tido), delisha nya taknak tido dah..so dorang terpaksa amik keputusan kena operate dengan pakar bedah dan biuskan delisha (1 badan bagi tak sedar sebab dia aktif) dan ada lah perkara-perkara (yang tak dapat cerita didalam bilik pakar) dan delisha disuruh puasa sebab nak operate kejap lagi.
Dan delisha dimasukkan dalam wad, sementara tunggu bilik operate kosong. Delisha budak yang kuat, dia tak nangis sebab sakit tapi dia haus, nurse bagi baju nak masuk dewan bedah jam 5petang. Wi pun siap2kan delisha (masa ni delisha rela je) ditolak delisha nak katil sampai dewan bedah, dorang tanya last minum dan makan jam berapa. Wi cakap makan pukul 9 pagi, susu badan pukul 2.30, pakar bedah cakap takleh buat sebab belum cukup syarat nak buat operate..dah tu tolak lah balik delisha ke wad semula.
Sampai wad, pakar kanak-kanak tanya kenapa tolak balik delisha (nurse cakap belum cukup syarat dan masa untuk operate sepatutnya 4 jam ke atas waktu berpuasa) dan doktor pakar kanak-kanak cakap saya dah cakap tadi..belum masa tapi dah tolak risiko kalau budak ni tak ada (meninggal), kita semua kena saman (masa tu dengar, berderau jantung ni dengar, kesilapan sikit bila kita tak cakap betul-betul waktu makan dan minum anak boleh menyebabkan anak kita takda sampai bila-bila) husband balik mandi, sebab baju ape semua tak bawak, husband datang pukul 6 lebih jaga delisha kejap, wi pon balik amik pe yg tinggal..kelam kabut jugak lah (dah macam ape bawak kete sebab delisha takleh semua yang bertudung dia ingat wi..dah nangis je).
Sampai h0spital pukul 7 lebih, sampai je, wi tukar jaga dengan husband (cakap takyah balik lagi sebab takut kejap lagi kena panggil operate dah) wi pon mandikan delisha, siap je mandi nurse cakap dah boleh siap-siap nak tolak pergi bilik operate(masa ni delisha tak bagi kerjasama, nangis sepanjang kena tolak pergi bilik operate) sampai je sana (wi kena tukar baju, pakai baju khas yang dorang sediakan.
Takleh suka-suka pakai baju dan tudung kita, dah siap wi dah dekat dalam ambil delisha. Tak pegang fone masa tu, semua husband pegang..wi peluk delisha(masa ni Allah je tahu,sebab risiko tinggi bila anak dibius 1 badan). Dr cina tu terangkan ape wi kena buat..Wi bawa dia masuk tempat operate tu, dorang cek tekanan jantung ok (bos dorang masuk suruh letak anak atas katil dan dorang bagi macam oksigen (delisha sedut tu terus terlelap, bosnya cakap ibu cium anak dan cakap ape nak bagitahu anak) masa ni Allah sedihnya lah, berlenang mata delisha sebab nangis tadi. Wi kena keluar takleh tengok ape yang dorang buat, dorang cakap nanti dah siap dorang bagi anak pada ibu ya.
Wi keluar dari bilik tu kol 8.20malam, hati tak tenang tunggu (masih dalam bilik operate, tempt dorang sediakan untuk ibu menungu) kol 9.10 malam delisha keluar, tapi delisha tak sedar lagi.Dorang panggil tengok anak, dr cakap anak akan sedar nanti (mulut dimasukkan tiub untuk oksigen), dah sedar baru dorang keluarkan wi tunggu nak dekat pukul 10, delisha baru ada respond. Lega nya masa tu, Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar, pukul 10.30 malam ditolak ke wad semula. Delisha kena puasa sampai pukul 1 pagi baru dibenarkan minum alhamdulilah lepas habis bius dia tak nangis sakit tapi haus je.
1. Kes delisha ni sampai dr pakar nak call Jkm dan bahagian kanak-kanak Malaysia, (sebab kecuaian ibu bapa dan mungkin ada unsur penderaan).
Masa ni pakar telinga dah lepaskan delisha balik sampai je pakar kanak-kanak cek dekat wad dorang pertikaikan kenapa subang tu boleh masuk dekat jaring kipas (tak logik), sampai wi tunjuk cara dan bentuk subang yang delisha pakai. Last sekali semua baru kami dibenarkan balik.
2. Ape yang berlaku pada anak-anak sila ambil gambar untuk kita buat penerangan nanti, tak kira lah kes ape pon, senang untuk kita kemudian hari.
Ni lah cerita ape yang berlaku pada delisha pada 8 haribulan haritu, haa panjang penerangannya, biar jelas.
Sumber: Dewi Diana Samsudin