Siakap Keli
Gambar Hiasan via Daily Mail

Lelaki Diarah Bayar Sekitar RM32,000 Kepada Bekas Isteri, Didakwa Kerana Tak Pernah Bantu Buat Kerja Rumah

Beijing – Seorang lelaki telah diperintahkan untuk membayar hampir  $ 8,000 (RM32,340) kepada bekas isterinya kerana dilaporkan tidak pernah membuat kerja rumah selama perkahwinannya dalam satu kes penceraian yang telah mencetuskan perdebatan hebat di China, lapor CBS News.

Menurut CBS News, di bawah akta sivil baharu negara itu yang berkuat kuasa mulai tahun ini, pasangan yang bercerai berhak untuk menuntut pampasan sekiranya mereka memikul lebih banyak tanggungjawab di rumah.

Bekas isteri kepada lelaki tersebut memberitahu kepada mahkamah Beijing bahawa selama lima tahun perkahwinan mereka, dia telah banyak “menjaga dan menguruskan kerja-kerja di rumah, sementara suaminya didakwa tidak memperdulikan serta membantunya dalam urusan rumah tangga kerana sibuk bekerja.”

Bekas isteri kepada lelaki itu telah memfailkan pampasan tambahan atas kerja rumah dan tugas menjaga anak, menurut pernyataan mahkamah.

Mahkamah telah memutuskan bahawa bekas isteri lelaki itu harus dibayar 50,000 yuan (RM 31318.76) kerana memikul tanggungjawab di rumah serta diberikan hak penjagaan tunggal terhadap anaknya serta 2,00o yuan (RM1252.75) setiap bulan.

Jumlah wang tersebut merangkumi berapa lama pasangan itu berkahwin ditambah dengan “usaha wanita itu melakukan kerja rumah, pendapatan lelaki tersebut dan kos sara hidup,” menurut salah seorang hakim mahkamah.

Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) menganggarkan bahawa wanita di China menghabiskan hampir empat jam melakukan kerja tanpa gaji setiap hari – 2.5 kali ganda berbanding lelaki.

Kes perceraian di China dilaporkan meningkat selama dua dekad terakhir disebabkan undang-undang perceraian diliberalisasikan dan wanita semakin menjadi lebih bebas dari segi kewangan.

Sumber: CBS News

Aqmal Ezany

I write what is right