Siakap Keli
Kredit: Google

“Macam Minta Takoyaki”, Gelagat Emak ‘Order’ Nak 12 Cucu Siap-siap Walau Anak Belum Kahwin Buat Netizen Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai mak yang baru sahaja menerima kehadiran menantu pertama, pastilah tidak sabar untuk menimang cucu sulung kan?

Itulah fitrah kebanyakan emak-emak kita. Kadang-kadang kita baru saja lepas seminggu berkahwin, emak pula yang ‘terlebih’ bersemangat sudah bercerita tentang cucu.

Tak mengapalah. Sudah namanya emak. Naluri keibuan itu pasti ada walaupun usianya sudah lanjut.

Hari ini pula tular di Twitter tentang satu ciapan ringkas seorang individu yang mendakwa emaknya mahukan cucu siap-siap, sedangkan dia sendiri belum berkahwin lagi.

Lagi kelakar, emaknya berpesan tentang cucu macam ‘order’ makan Takoyaki saja.

Terhibur dengan ciapan ini, ramai warganet lain turut berkongsi pengalaman serupa yang mereka alami dengan emak masing-masing.

Warganet ini pula meluahkan nasibnya sebagai anak bongsu.

 

Boleh pula ‘pass-pass’ pada abang dia.

 

Yang ini lagi hebat. Siap kira terus guna kalkulator.

“Anak buah ramai seronok buli…”

Sumber: Twitter @HafeezEthan