Siakap Keli
Gambar: Google

TERKINI: Murid Yang Belum Mempunyai Seragam Sekolah Dibenarkan Berpakaian Biasa, Sopan & Kemas Untuk Ke Sekolah Sehingga 26 Mac

PUTRAJAYA, 24 Feb – Murid-murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang bersesuaian dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin berkata, keputusan tersebut diputuskan berdasarkan keadaan semasa dan pertanyaan daripada ibu bapa tentang peraturan pakaian seragam sekolah sebelum ini.

“Kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021.

“KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Imbas kembali, tarikh pembukaan semula sekolah yang telah diumumkan KPM pada 19 Feb lalu adalah bermula 1 Mac ini dan dilaksanakan secara berperingkat.

Sumber: KPM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.