Siakap Keli
Gambar: KWTX

(Video) Detik Mendebarkan Letupan Besar Dipercayai Akibat Kereta Api Bawa Muatan Minyak Bertembung Treler

Sebuah kereta api dilaporkan meletup selepas bertembung dengan sebuah lori treler pada pagi Selasa berdekatan dengan bandar Cameron, Amerika Syarikat, lapor Fox 32 Chicago.

Kereta api itu dilaporkan membawa tangki minyak yang penuh dengan bahan bakar, lapor Fox News.

Sheriff Milam County, Chris White, menyatakan bahawa api yang terhasil daripada letupan itu merupakan “petroleum” dan tiada laporan berkenaan pencemaran kimia dilaporkan.

Satu video yang dirakam oleh Ryan Kyburz pada pukul 7 pagi waktu tempatan menunjukkan letupan dan asap berkepul yang berlaku di tempat kejadian.

Kedua-dua konduktor kereta api dan pemandu lori terbabit dilaporkan terselamat dari nahas itu tanpa kecederaan yang serius, menurut KXXV-TV.

Pihak berkuasa telah memindahkan penduduk di rumah berdekatan dan menutup Lebuhraya 90, lapor media tempatan.

Sumber: Fox 32 Chicago

Aqmal Ezany

I write what is right