Siakap Keli

(Video) Viral Belikan Isteri Ford Mustang, Kisah Pasangan 18 Tahun Boleh Beli Kereta ‘Cash’ Di Usia Muda

Setiap pasangan suami isteri pasti inginkan kebahagiaan rumahtanggan. Si suami pastinya akan bekerja keras memastikan isteri dan keluarga hidup selesa. Ya, tidak dinafikan wanita sangat sukakan hadiah, walau sekecil hadiah tersebut pasti dia hargainya.

Pernah tular, pasangan pengantin usia 18 tahun menghadiahkan isterinya sebuah kereta jenis Ford Mustang pada hari persandingan mereka. Lebih mengejutkan walaupun mereka baru berusia 18 tahun, suaminya mampu membayar ‘cash’ untuk membeli kereta tersebut hasil daripada titik peluh bergelar sebagai usahawan produk.

Dapat dilihat dalam video ini, tiga hari sebelum pernikahan mereka, si suami sudah mengajak isterinya untu ‘test-drive’ kereta idaman tersebut. Tidak menyangka suaminya sanggup membayar tunai untuk membeli kereta mewah ini. Siapa yang tak terharu kan kalau suami buat kejutan macam ni, sedangkan dulu hanya inginkan kereta secondhand saja.

“Jangan takut kawin pada usia muda, insyallah rezeki ALLAH da tetapkan untuk kita …”

@ayunieso24

“Jangan takut kawin pada usia muda, insyallah rezeki ALLAH da tetapkan untuk kita “. Korang nak tahu ke siapa SIFU yuni ?

♬ original sound – ayunieso

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet rasa sebak dengan keikhlasan suaminya menghadiahkan kereta untuk kesenangan si isteri.

 

Sumber: Ayunieso24

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang