Siakap Keli
Gambar: Pinterest

Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi Beberapa Kawasan Di Sabah Sehingga Jam 1 Pagi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di Sabah yang dijangka akan berlaku sehingga 1 pagi ini.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 10 malam itu hanya melibatkan negeri Sabah sahaja.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 1 pagi ini:

Sabah: Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod)

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya di kawasan yang dijangka dilanda ribut petir.

Sumber: MetMalaysia

Aqmal Ezany

I write what is right