25 Feb – Maybank sebentar tadi memaklumkan terdapat gangguan perkhidmatan akan berlaku selama kira-kira setengah jam pada 2 Mac ini.
Menurut kenyataan yang dikongsikan di Facebook mereka, Maybank menjelaskan beberapa perkhidmatan yang tergendala bermula 11.30 malam sehingga 11.59 malam pada tarikh tersebut.
Antara perkhidmatan yang terlibat ialah Maybank2u dan pembayaran atas talian, aplikasi Maybank2u MY, MAE serta QRPay, mesin ATM dan CDM serta transaksi kad debit.
Oleh itu, para pengguna dinasihatkan untuk menjalankan urusan sebelum tempoh tersebut. Sebarang maklumat, anda boleh menghubungi pihak Maybank di [email protected].
#MBBAlertDear valued customers,Please be informed that the following services will be unavailable at the following…
Posted by Maybank on Thursday, February 25, 2021
Sumber: Maybank