Siakap Keli

Kerajaan Luluskan Pelarasan Gred Pegawai Perubatan & Pegawai Pergigian Kontrak Ke Pegawai Tetap

Kerajaan telah meluluskan permohonan untuk melaraskan gred Pegawai Perubatan kontrak Gred UD41 ke Gred UD43 dan Pegawai Pergigian kontrak Gred UG41 ke Gred UG44 berasaskan kesetaraan laluan kerjaya pegawai tetap.

Perkara ini dikongsikan menerusi laman Twitter rasmi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi dalam satu kenyataan media.

Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah berkata, pelarasan gred ini akan melibatkan 21,408 Pegawai Perubatan dan 697 Pegawai Pergigian.

“Notifikasi mengenai tawaran ini akan dikemukakan kepada pegawai yang berkenaan menerusi emel masing-masing,” katanya.

Mohd Shafiq berkata, kerajaan juga telah meluluskan permohonan untuk menyambung perkhidmatan kontrak 585 Pegawai Perubatan, 1,071 Pegawai Pergigian dan 1,966 Pegawai Farmasi.

Boleh rujuk di kenyataan media yang dikeluarkan oleh KKM ini.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang