Siakap Keli

Pak Cik Ini Jual Pulut Panggang & Nasi Lemak Di Petronas Tesco Ampang, Korang Boleh ‘Serbu’

Ramai yang bergelut dalam mencari rezeki halal demi sesuap nasi. Ditambah dengan situasi pandemik semasa, peniaga kecil terutamanya terkesan dari segi pendapatan yang tidak menentu.

Menerusi perkongsian oleh akaun @naqifadri di Twitter, seorang warga emas yang menjual pulut panggang dan nasi lemak di tepi jalan dengan menggunakan motosikal, meraih perhatian ramai warganet sehingga menjadi tular di media sosial.

Setakat hari ini, posting berkenaan mendapat 2,513 ribu tanda suka dan 4,271 ribu ulang kicau serta ratusan komen oleh warganet. Difahamkan, pak cik itu menjual makanannya pada waktu pagi dengan harga yang murah di Petronas Tesco Ampang.

Pulut panggang pakcik ni seriously terbaik, isi besar, serunding dia pun sedap pedas pedas sikit, memang mantul.

Dia ada jugak jual nasi lemak, mihun and basic gorengan yang lain-lain tu. Jom support pakcik ni meniaga dan kasi pak cik ni balik awal. Lokasi Petronas Tesco Ampang.

Boleh beli drive thru

Menjengah ke ruangan komen dan ulang kicau, rata-rata warganet yang pernah membeli hasil jualan pakcik itu menyifatkan harga makanan yang dijualnya bukan sahaja murah tetapi sangat sedap.

Mereka meminta supaya lebih ramai lagi warga Ampang dan mereka yang tinggal berdekatan untuk sama-sama menyokong perniagaan lokal.

Nasi lemak sedap, pulut panggang besar! 

Banyk kali beli, murah, sedap and banyak!

Selalu lambai, nak suruh orang singgah..

Sumber: Twitter @naqifadri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.