Siakap Keli

Peniaga Online Mesti Suka, Tak Payah Tulis Alamat ‘Manual’ Lagi, Semua Buat Guna Aplikasi Pos Laju

Biasa hari-hari sebelum ini kalau nak pos barang kita di Pos Laju, kita kaan diberi satu borang atau slip kan? Kalau barang banyak, terpaksalah menulis banyak, dah tu secara manual pula.

Tetapi, setelah Pos Laju memperkenalkan kaedah baru iaitu dengan cara muat turun sahaja slip tersebut dan anda hanya perlu daftar maklumat penerima dan pengirim secara atas talian menerusi aplikasi Pos Malaysia.

Senang kan, tapi masih ada yang belum tahu cara penggunaannya. jangan risau, seorang pengguna Twitter ini akan menunjukkan cara-cara penggunaan aplikasi ini untuk penghantaran barang.

Wah bagus betul Pos Laju sekarang senang nak pos barang.

1. Download apps Pos Malaysia, continue as Guest je kalau malas daftar.

2. Pastu isi new consignment.

3. Nanti isi details penerima, barang and berat. Apps akan auto generate harga and scan je kat printer untuk print consignment note.

Mudahkan, kalau nak pos barang banyak-banyak pun tak adalah ambil masa yang lama di kaunter untuk isi maklumat secara manual.

 

Sumber: Loveshak

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang