KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri bagi menghantar anak-anak ke sekolah tidak perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebaliknya, mereka hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan pihak sekolah semasa melalui sekatan jalan raya.
“Sebagai contoh jika ke asrama, pihak guru boleh mengeluarkan surat kebenaran untuk rentas daerah atau negeri,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.
Ismail Sabri berkata perkara itu telah dibincangkan bersama pegawai tertinggi PDRM dan ia juga telah dimaklumkan kepada pihak polis seluruh negara.
Ibu bapa yang akan rentas negeri hantar anak ke sekolah tidak perlu dapatkan surat kebenaran polis, hanya kemuka surat daripada pihak sekolah – @IsmailSabri60 #PKP #COVID19 @MKNJPM @KDNPUTRAJAYA pic.twitter.com/vjAaHmoxiO
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 25, 2021
Sumber: Bernama