Siakap Keli

Tertidur Masa Tengah Buat Kerja Sekolah, Kanak-Kanak Terkejut Tengok Kesan ‘Cetakan’ Cicak Di Pipi

Selain lipas, sesetengah orang juga takut dan geli dengan kehadiran cicak di dalam rumah.

Mungkin cicak itu boleh ‘dihilangkan’ dari pandangan tetapi bayangkan jika anda tertidur di atas haiwan itu tanpa disedari.

Sama seperti yang dilalui oleh seorang kanak-kanak lelaki dipercayai di Taiwan ini yang terkejut melihat cicak di atas bukunya.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter, kanak-kanak itu terlalu kepenatan kerana melakukan kerja sekolah sehingga tertidur.

Pun begitu, dia langsung tidak menyedari dan merasai cicak itu berada di bawah pipinya sehingga apabila dia sedar, terdapat kesan ‘cetakan’ cicak pada pipinya.

 

Sumber: The Skunk

Sofea

There's always another side to every story