Siakap Keli
Gambar: Bernama

Tukar ‘Jarum Vaksin’ Semasa Suntik Perdana Menteri? Doktor Ini Perjelaskan Perkara Sebenar

Berikutan dengan isu jarum vaksin yang hangat diperkatakan di media sosial susulan daripada suntikan pertama vaksin ke atas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung baru-baru ini, seorang doktor tampil berkongsikan penjelasan berkenaan perkara tersebut.

Seperti yang dikongsikan oleh Dr. Arisman, perkara tersebut adalah keadaan biasa terutamanya bagi ibu bapa yang pernah menemani anak mereka menerima suntikan di klinik-klinik.

Ada follower tanya “Betul ke ni doktor, jarum dia berubah?? Ambil ubat pakai warna biru kemudian bila suntik dah tukar warna oren?? Menipu ke? Risau takut info ni mengelirukan masyarakat luar sana.
Menurutnya, ianya akan membuatkan seseorang itu keliru sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar. Tambah Dr.Arisman, keadaan itu berlaku kerana proses untuk menarik ubat ke dalam picagari lebih cepat sekiranya jarum lebih besar digunakan.
Baiklah. Keadaan ini memang biasa berlaku. Terutama para ibu bapa yang menemankan bayi kecil mereka suntik di klinik-klinik, mereka selalu nampak keadaan ini. Nurse akan melakukan hal yang sama. Apa dia? Iaitu
1. Ambil jarum dengan saiz lebih besar untuk menarik masuk ubat dari ampoule/vial vaksin. Kenapa? Sebab lebih cepat dan mudah prosesnya menarik ubat untuk masuk ke dalam picagari (syring) dengan cepat.
Ada yang pakai warna biru (saiz 23G), ada yang pakai lebih besar seperti warna hijau (saiz 21G)
2. Selepas ubat dah masuk dalam picagari (syringe), kemudian nurse/doctor akan tukarkan jarum sahaja kepada saiz yang lebih sesuai iaitu tempat suntikan dan saiz badan individu. Picagari tak akan bertukar ya.
Jika nak suntik pada bahagian punggung orang dewasa yang lebih tebal isi kulit dan lemak, maka doktor akan tukarkan kepada jarum warna biru juga (jarum berbeza dengan jarum yang dipakai pada awalnya) ataupun jarum berwarna hijau.
Jika nak suntik pada bahagian lengan, nak pakai jarum biru pun boleh jika berbadan besar, tetapi kebanyakkan kami akan memilih jarum berwarna oren kecil bersaiz 25G.
Setiap saiz jarum berbeza diameter dan panjangnya. Ini sangat penting dalam memilih jenis suntikan yang diberikan. Begitu juga apabila doktor/nurse ingin mengambil darah pesakit. Ada macam-macam warna kan?
Selain itu, antara sebab penting perlu tukar jarum tersebut adalah untuk mengelakkan kontaminasi silang atau cross infection daripada permukaan ampoule/vial kepada kulit dan lapisan bawah kulit.

Ok. Dah boleh stop sebarkan berita tersebut.

Dr. Arisman juga berpesan agar pihak tertentu tidak lagi mengelirukan masyarakat dalam perkara sebegini.

Sumber: Dr. Arisman, MD.

Aqmal Ezany

I write what is right