Siakap Keli
Kredit: TikTok

(Video) Lebih 18 Juta Tontonan, Reaksi Ikan Pari Seakan ‘Ketawa’ Ketika Digeletek Bikin Terhibur

Jika sebelum ini anda pernah melihat gelagat katak yang seakan terkekek-kekek apabila digeletek, kali ini mari kita lihat reaksi ikan pari pula apabila diperlakukan dengan cara serupa.

Dengan anatomi tubuhnya seakan wajah manusia, reaksi haiwan ini membuatkan ramai penonton terhibur apabila ia terlihat seperti sedang tersenyum dan menguncup kegelian.

Video yang dimuatnaik Christian Hofstedt di aplikasi TikTok itu telah mendapat lebih 1 juta tanda suka daripada penonton yang terhibur melihat gelagat haiwan tersebut.

Klip itu juga telah meraih sehingga 18.6 juta tontonan di aplikasi berkenaan.

@christianhofstedt

this fish survives and is released again 😊#foryou #fyp #fish

♬ original sound – Christian Hofstedt

Comel

Tolong jangan bunuh

Dia ‘tersenyum’

Bagaimanapun, ada yang berpendapat tindakan itu adalah satu penyeksaan kepada haiwan berkenaan dan mendesak agar ia dibebaskan.

Lepaskan balik, anda sedang menyeksanya

Sumber: Christian Hofstedt

Amira

Love yourself.