Siakap Keli
Gambar Via Russian Aviation

Dilapor Alami Masalah Enjin, Boeing 777 Dilapor Lakukan Pendaratan Kecemasan Di Moscow

Pesawat Boeing 777 yang dikendalikan oleh Rossiya Airlines dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Moscow pada pagi Jumaat kerana mengalami masalah enjin.

Menurut Khaleejtimes, kejadian itu berlaku kurang dari seminggu setelah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan United Airlines juga mengalami kerosakan enjin sejurus berlepas dari lapangan terbang sehingga menyebabkan serpihan dari enjin itu jatuh di Denver, Colorado.

Pihak berkuasa penerbangan AS memerintahkan agar semua enjin Pratt & Whitney 4000 dikeluarkan berikutan kejadian itu.

Menurut laporan, penerbangan Rossiya Air beroperasi sebagai perkhidmatan kargo dari Hong Kong ke Madrid.

Krew pesawat meminta untuk melakukan pendaratan kecemasan setelah salah satu saluran kawalan enjin kiri tidak berfungsi, lapor livemint.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan berlaku.

Sumber: Khaleejtimes, livemint

Sofea

There's always another side to every story