Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Itu Menandakan Kita Tengah Ovulasi,” Doktor Ini Kongsi Simptom Wanita Sedang Subur, Peluang Tinggi Untuk Hamil

Memiliki cahaya mata sememangnya impian bagi pasangan suami isteri yang telah berkahwin. Apa tidaknya, dengan kehadiran cahaya mata sudah pasti dapat memberikan lebih kebahagiaan kepada keluarga mereka.

Namun, ada juga pasangan yang terpaksa menunggu lama untuk memperolehi cahaya mata yang pertama. Walau bagaimanapun, pasangan tersebut tidak boleh berputus asa dan perlu berikhtiar selagi mampu. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah mengesan waktu subur supaya peluang untuk hamil lebih tinggi.

Menariknya, seorang doktor bernama Dr Raihana ada berkongsikan beberapa tips untuk mengesan waktu subur berdasarkan simptom. Perkongsian ini sudah pasti akan dapat memberikan pengetahuan kepada wanita-wanita yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.

Menurut Dr Rai, waktu subur bagi seorang perempuan kebiasaannya adalah selepas waktu haid, namun tidak semua orang menemui waktu subur ketika itu.

Waktu subur biasanya selepas haid, tapi tak semua orang dia jumpa waktu subur ni, walaupun dia alami haid yang teratur setiap bulan, tapi ia tak menjanjikan dia jumpa waktu subur.

Jadi, untuk mengenal pasti waktu subur adalah dengan mengenal pasti tanda-tanda awal. Antara yang dikongsikan oleh Dr Raihana ialah seperti berikut:

Suhu Badan

Menurut Dr Rai, suhu badan atau lebih dikenali sebagai Basal Body Temperature (BBT) merupakan suhu badan asas sewaktu seseorang itu bangun tidur pada waktu pagi dan sebelum melakukan sebarang aktiviti.

Basal Body Temperature ni adalah suhu badan asas sebaik sahaja kita bangun tidur, maknanya kita celik-celik pagi subuh tu, celik mata je terus check suhu. Maknanya sebelum pergi tandas, sebelum kita bangun dalam keadaan duduk, dalam keadaan baring dah check. Itu maknanya Basal Body Temperature yang paling tepat.

Gambar: Parents

Tambah Dr Rai lagi, waktu untuk membaca suhu perlulah sama pada setiap hari dan begitu juga perlu periksa di tempat yang sama.

Kalau boleh setiap hari kita check waktu konsisten, contoh 6 pagi, esok 6 pagi lusa pun 6 pagi.., lepas tu pastikan check suhu tu pada tempat yang sama. Contohnya jika kita pilih check pada dahi, besok pun kena check dekat dahi, lusa pun kat dahi.

Bila dah check, terus rekodkan dalam graf…, tapi pastikan suhu badan tu tak terlalu sejuk, maknanya tak terlalu rendah kalau bawah 36.3, bermakna hormon estrogen kita terlalu rendah, jadi kemungkinan besar tak jumpa waktu subur pada bulan ni.

Dr Rai menyatakan bahawa sekiranya suhu badan bermula 36.3 sehingga 36.9 atau 37.0 merupakan waktu yang sangat sesuai.

Cecair Keluar Dari Faraj

Selain daripada suhu badan, Dr Rai juga memaklumkan bahawa simptom waktu subur dapat dikesan melalui cecair yang keluar dari faraj.

Cecair faraj dia akan keluar macam keputihan, tapi dia bukan keputihan, dia adalah putih-putih ketul kadang-kadang macam keju…,sebenarnya itu bukan keputihan, itu sebenarnya tanda-tanda awal sebelum dia nak jumpa waktu subur. Bermakna kilang telur dia tengah start mematangkan telur ovum.

Antara simptom cecair yang keluar daripada faraj adalah putih ketul, lendir jernih macam lendir telur ayam yang belum masak dan lendir cair macam air.

Ketiga-tiga ini kalau ada keluar dan kalau bersama, peluang untuk persenyawaan berjaya itu ada, tapi lebih tinggi kalau ada lendir jernih macam telur ayam tu.

OPK

Bagi cara mengesan waktu subur mengikut simptom adalah menerusi pemerikaan OPK. OPK merupakan alat untuk mengesan hormon LH yang merupakan hormon ovulasi waktu subur. Walau bagaimanapun, jelas Dr Rai bahawa OPK juga mempunyai ralat dan kadang kala tidak dapat membaca dengan tepat.

OPK ni ada ralat juga macam test UPT, dia celup dalam air kencing dan dia akan detect hormon LH, kalau detect hormon LH, dia akan naik dua lines terang. Tapi ada OPK walaupun sebelum waktu subur dia dah start detect dua lines terang. Kalau dah detect dua lines terang tu, walaupun tak ada lagi simptom faraj, terus ja bersama.

Gambar: Natalist

Seterusnya adalah tengok dalam dua hari keluar macam keputihan, hari ketiga tu tengok pada suhu badan akan drop sekejap. Contohlah biasa suhu badan kita 36.9, tiba-tiba suhu badan kita drop macam 36.6. Lepas dia drop 36.6, dia akan terus naik mendadak, mungkin dalam 37.1, 37.2 bergantung pada suhu badan, maknanya dia punya julat perbezaan suhu tu antara o.2 hingga 0.4 celcius.

Itu menandakan kita tengah ovulasi dan tengok pula pada simptom pada cecair faraj dia akan keluar macam putih jernih macam lendir telur. Itu memang betul-betul tengah subur, kalau bersama waktu tu, peluang persenyawaan atau pertemuan sperma berjumpa ovum dalam falopian tube lebih tinggi daripada fasa lain. Lepas tu tengok pada OPK, OPK akan naik dua lines terang.

Berkongsikan mengenai kekerapan untuk bersama, Dr Rai memaklumkan bahawa bersama hanya sehari sekali sudah mencukupi. Perkara ini adalah kerana testical lelaki dapat menghasilkan sperma yang matang dalam masa dua hari.

Maknanya kalau hari ini sudah ejakulasi, dia ambil masa dua hari untuk mematangkan lagi sperma baru.

Selain mengesan waktu subur mengikut simptom seperti yang dikongsikan Dr Rai, pelbagai lagi ikhtiar yang boleh diusahakan oleh pasangan suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Antara yang lain ialah  perlu memastikan keadaan tubuh badan mereka sihat seperti hormon haid yang stabil dan teratur.

Gambar: Efferty HQ

Anda juga boleh menonton video penuh Dr Rai menceritakan mengenai cara mengesan waktu subur mengikut simptom di SINI.

Nak dapatkan tips lebih lagi khusus untuk yang sedang berikhtiar mendapatkan zuriat, boleh layari mahuhamil.com dan follow Efferty HQ untuk maklumat lanjut. Tak rugi pun sebab tips-tips hamil yang dikongsikan oleh Dr Rai telah memberi manfaat kepada ramai orang. Antaranya ialah sehingga 700 wanita telah berjaya hamil dengan izin Allah di samping melakukan ikhtiar yang dicadangkan oleh Dr Rai.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa