Siakap Keli
Kredit: Google

“Jangan Nak Kaut Untung Lebih”, KPDNHEP Bagi Amaran, Ada Anggota Akan Menyamar Jadi Pelanggan Pantau Harga

Kerajaan telah menetapkan kawalan harga barang bagi barang-barang tertentu demi menjamin kemampuan rakyat dalam berbelanja.

Usaha itu disalurkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui pemantauan unit penguatkuasanya.

Jika kita perhatikan, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sering mengumumkan sebarang info terkini mengenai bekalan  barangan asas rakyat seperti beras dalam sidang medianya.

Menyentuh tentang harga kawalan, mungkin ramai yang tidak perasan bahawa harga barang-barang yang dijual di pasar sebenarnya sudah ditetapkan.

Namun tanpa kita sedari, ada segelintir penjual atau pembekal sengaja menaikkan harga barang dengan tujuan mahu mengaut untung lebih, ini sudah tentu melanggari peraturan yang ditetapkan KPDNHEP.

Maka dengan itu, KPDNHEP pada hari ini memberi ‘amaran’ kepada penjual bahawa kementerian itu melalui unit penguatkuasaannya boleh menyamar menjadi pembeli pada bila-bila masa sahaja.

Ini bertujuan untuk memantau harga barang yang ditawarkan oleh penjual. Jika ada yang dikenal pasti menjual dengan harga melebihi kadar yang ditetapkan, maka bersiap-sedialah dengan tindakan selanjutnya.

Gambar: KPDNHEP

“Anda sedang diperhatikan! Jangan nak kaut untung lebih jer dengan membelakangkan undang-undang. Kami akan melakukan KAEDAH PENYAMARAN DAN UJI BELI atau TEST PURCHASE untuk ketahui harga sebenar BARANG KAWALAN yang dijual kepada orang awam,” jelas KPDNHEP menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Jelaslah di sini bahawa kerajaan begitu tegas terhadap usaha pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu mengaut keuntungan tanpa mematuhi undang-undang.

Jangan suka-suka naikkan harga ye, anda mungkin dalam perhatian mereka.

Sumber: KPDNHEP

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.