Siakap Keli

Kenali Pasangan Saintis Muslim Ini, Pengasas Vaksin Covid-19 Pfizer Yang Jadi Pilihan Seluruh Dunia

Tahukah anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’. Beliau telah mengabdikan hidup mereka dalam bidang onkologi dan penyakit berjangkit. Bahkan sudah bertahun-tahun dalam penyelidikan rawatan imunoterapi khusus untuk penyakit kanser.

Dalam mausim pandemik Covid-19 ini mereka memutuskan untuk mencipta satu vaksin yang boleh mencegah daripada jangkitan virus Covid-19 ini.

Pengasas Vaksin Pfizer ini merupakan orang Turki yang beragama Islam. Dr Ugur Sahin yang berhijrah ke Jerman semasa usia masih kecil dan belajar bersama-sama seorang doktor wanita iaitu Dr Ozlem Tureci yang juga berketurunan Turki.

Difahamkan, vaksin ini menggunakan teknologi mRNA iaitu bebas daripada khinzir dan ia hasil daripada penyelidikan di syarikat BioNTech milik beliau dan syarikat Pfizer. Pada asalnya, makmal ini hanya menumpukan kajian imunoloterapi dalam pasakit kanser.

Memetik daripada laporan CNN mengatakan bahawa 90 peratus daripada calon sukarelawan vaksin Pfizer berkesan menggunakan ubat ini sebelum dipasarkan ke dunia.

“Saya rasa mesej ini sangat penting untuk masyarakat dunia tentang kepentingan vaksin ini sangat berkesan untuk mencegah Covid-19,” jelasnya pada wartawan CNN.

Untuk pengetahuan anda, pasangan suami isteri ini antara individu yang terkaya di Jerman dengan nilai aset sebanyak RM 20 billion. Menariknya, walaupun mereka adalah billionair, namun mereka tidak memiliki kereta dan hanya menggunakan basikal untuk ke tempat kerja.

Dr Sahin dan Dr Tureci sama-sama menanam minat untuk penyelidikan tentang kanser dan imunisasi badan manusia.

Sehubungan dengan itu, BioNtech telah menugaskan 500 kakitangannya untuk berganding bahu bersama-sama dua pasangan ini untuk mengkaji vaksin yang bersesuaian untuk melawan Covid-19.

Menurut Dr Sahin, tujuan BioNTech berkolaborasi bersama Pfizer adalah untuk meningkatkan produksi vaksin ini dan berharapdapat menghasilkan 1.3 millian dos pada akhir tahun 2021 ini jika diberikan izin.

 

Sumber: CNN World

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang