Seorang warga emas berusia 81 tahun di Payakumbuh, Sumatera Barat tular di media sosial kerana menyimpan banyak wang di rumahnya.
Menurut Tribunnews, pada awalnya, hanya sekarung sahaja wang ditemui.
Namun selepas rumahnya dibersihkan, terdapat berkarung-karung lagi wang yang ‘dibongkar’.
Warga emas yang bernama Palyuri atau lebih dikenali sebagai Biyok itu menyimpan wang di rumahnya di Padang Kaduduak, Kota Payakumbuh, Sumatera Barat.
Ketua kampung Lurah Tigo Koto Diate, Kecamatan Payakumbuh Utara, Musleniyetti, mengatakan bahawa pertama kali dia pergi ke rumah Palyuri, rumahnya penuh dengan timbunan kain yang diberikan oleh orang lain.

Dibantu oleh saudara jauh warga emas itu, mereka mengeluarkan pakaian dan barang-barang miliknya.
Mereka menemukan wang yang berserakan dengan nilai dari Rp 100 sehingga Rp 100 ribu.
“Wang tersebut ditimbun termasuk di lantai, dari dalam lipatan kain, di bawah bantal dan tilam,” kata Musleniyetti.
Selepas beberapa hari membersihkan rumah itu, mereka masih menemukan wang kecil seperti wang kertas Rp 25 yang lama.
Mereka juga mengakui bahawa sukar untuk mengira wang Biyok, jadi ia memerlukan masa yang lama.
Pada mulanya memerlukan lapan orang sahaja untuk mengira wang itu, kemudian hari kedua diteruskan bersama 16 orang namun wang itu masih belum dapat habis dikira sepenuhnya.
“Kami mengira lebih dari Rp 80 juta dan ini belum lagi bercampur dengan wang di bank, nanti bila keluarkan semuanya baru dikira berapa jumlahnya,” ujar Musleniyetti lagi.
Tambahnya lagi, wang dikumpulkan oleh Biyok ini bukanlah hasil mengemis tetapi merupakan pemberian dari orang lain.
Sumber: Tribunnews