Setiap lapisan umur pada masa kini pastinya tidak terlepas dalam kepesatan teknologi digital yang memperlihatkan penggunaan gajet atau telefon pintar yang semakin meluas kerana wujudnya pelbagai platform media sosial.
Ini termasuk dalam kalangan kanak-kanak di mana mereka terkadang diberikan akses yang penuh untuk menggunakan telefon pintar sendiri.
Tanpa disedari, ia sebenarnya boleh memberikan kesan yang buruk pada anak-anak jika ia diguna secara tidak terkawal.
Pun begitu, ibu bapa tidak perlu risau kerana anda sebenarnya boleh mengawal penggunaan tersebut dengan memuat turun aplikasi Google ini.
Menurut perkongsian Nasya Gomezs di Facebook, ibu bapa boleh memuat turun Google Family Link yang mempunyai pelbagai fungsi.
Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Mak-mak dan pak-pak sekalian
Anak-anak ada handset sendiri?
WAJIB!!! Install Google Family Link.
Boleh set kan berapa jam anak hadap handphone, boleh tau anak habiskan masa dengan handphone untuk apps yang mana.
Selain dari tu, kalau anak-anak nak install apa-apa apps, depa akan cari kita untuk mintak permission. Kalau time ko pergi keje, mereput lah anak ko kene tunggu ko balik keje. Ttp ada peranan parents kt situ.
Kalau anak-anak yang dah besar sikit, app ni boleh trace anak dok belah mana. Dan, boleh bips suruh dorg balik. Sebab, once kita set keloi depa, hp dorang autolock. Kene jumpa mak pak balik lah utk buka password. (Password jangan kene hacked sudahlah. Huhu)
Banyak lah boleh dilakukan dengan apps ni.
Dannn…. kalau ko panggil anak, anak buat-buat tak respon, ko set kan “locked phone”. Automatic dia akan turun cari mak/ayah dia sendiri tanpa di panggil.
Hahahaha
Sumber: Nisya Gomezs