Siakap Keli
Gambar: Muhammad Faizz

(Video) Bukan Di Florida, ‘YouTuber’ Ini Kongsi Keindahan ‘Miami Beach’ Dan Lokasi ‘Wajib’ Pergi Di Kuala Terengganu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memang diakui bahawa Malaysia juga mempunyai pelbagai lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Ianya terbukti apabila pelancong-pelancong dari luar negara berpusu-pusu memasuki negara ini bagi tujuan pelancongan sebelum wabak COVID-19 melanda dunia.

Antara tempat menarik yang diakui pasti tidak akan menyesal ialah di sekitar Kuala Terengganu. Apa tidaknya, dengan keindahan pantai semula jadi, dan pembangunan yang semakin pesat meningkat sudah pasti memberikan nilai tersendiri.

Menerusi perkongsian video oleh seorang ‘youtuber’, Kuala Terengganu semakin dikenali ramai apabila beberapa lokasi telah menjadi tular terutamanya di media sosial.

Pantai Seberang Takir ala-ala Miami Beach

Seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Faizz, terdapat tiga tempat viral yang boleh dikunjungi sekitar Kuala Terengganu. Salah satunya ialah di Pantai Seberang Takir yang sangat terkenal dengan keindahannya.

Gambar: Muhammad Faizz

Jangan tertipu dengan ‘Pandang Pertama’ kerana ini bukanlah Miami Beach yang terletak di Florida, namun pantai yang indah ini terletak di Kuala Terengganu. Menurut Faizz, Pantai Seberang Takir ini turut dikenali sebagai Miami Beach kerana pemandangan dan keindahannya seakan-akan mirip pantai di Florida itu.

“.. Pantai Seberang Takir atau juga dikenali sebagai Miami Beach sebab dia ala-ala Miami Beach di Florida”

Gambar: Muhammad Faizz
Gambar: Muhammad Faizz
Gambar: Muhammad Faizz
Gambar: Muhammad Faizz

Tambahnya lagi, lokasi tersebut juga merupakan tempat kegemaran orang untuk mengambil gambar kerana terutamanya kawasan tersebut lebih dekat dengan Jambatan Angkut Terengganu atau lebih dikenali sebagai Drawbridge.

Pasar Payang – Tumpuan membeli-belah

Selain Seberang Takir, antara tarikan yang paling digemari pelancong di Kuala Terengganu adalah Pasar Payang yang kini sudah berwajah baru. Faizz yang ingin merasai pengalaman menaiki bot penambang bergerak dari Seberang Takir terus ke pusat tumpuan ramai itu.

Gambar: Muhammad Faizz
Gambar: Muhammad Faizz

Menurutnya, Pasar Payang tersebut sebenarnya sudah lama bertapak di Kuala Terengganu, tetapi bangunan seperti yang dilihat dalam gambar merupakan Pasar Payang yang berwajah baru. Pasar Payang juga menjadi pusat membeli belah bagi pelancong-pelancong ingin mendapatkan pelbagai produk. Antaranya ialah Ole-ole, keropok, kain batik, periuk belanga dan pelbagai lagi.

Pusat membeli belah ini juga boleh dikunjungi dari Seberang Takir dengan menggunakan pengangkutan air iaitu bot penambang. Menurut kemaskini, tarif terkini bot penambang adalah RM2 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak dari Jeti Seberang Takir ke Pasar Payang.

Lebih menariknya di Pasar Payang, bukan sahaja ada banyak kedai yang menjual barangan, tapi turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti surau dan juga medan selera. Para ibu juga tak perlu khuatir kerana di kompleks itu juga turut menjual barangan basah seperti hidupan laut, ayam, sayur-sayuran, rempah dan banyak lagi terutamanya di kawasan pasar basah.

Kredit Gambar: FB Pasar Payang Terengganu
Kredit Gambar: FB Pasar Payang Terengganu
Kredit Gambar: FB Pasar Payang Terengganu

Jambatan Angkut Terengganu Drawbridge

Antara tarikan yang paling viral di Terengganu adalah Jambatan Angkut Drawbridge Terengganu. Sudah pastinya, bagi pelancong yang berkunjung ke Kuala Terengganu tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar berlatar belakangkan jambatan yang cantik ini.

Lebih menarik, lampu dari menara jambatan ini juga memberikan pemandangan yang sangat indah. Seperti yang dikongsikan Faizz, ‘view’ terbaik untuk bergambar pada waktu malam boleh diambil menerusi Dataran Shah Bandar. Antara satu kelebihannya ialah mempunyai pemandangan yang indah tidak kira waktu siang ataupun malam.

Gambar: Muhammad Faizz

Bukan itu saja, korang juga boleh menikmati pemandangan indah sekitar Kuala Terengganu menerusi menara Drawbrigde. Dengan bayaran tiket masuk RM5, korang boleh masuk ke dalam galeri Drawbridge yang dibuka pada jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Gambar: FB Kuala Terengganu Drawbrigde

Drawbridge Kuala Terengganu sebenarnya menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di muara Sunga Terengganu. Jambatan yang bernilai RM248 juta ini mempunyai panjang 638 meter dan merupakan jambatan angkat pertama di Asia Tenggara. Mula dibini pada Ogos 2014, jambatan ini sudah pasti menjadi tanda kemegahan Terengganu dan seterusnya menarik ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri ini.

Selain daripada tiga tempat viral yang dikongsikan, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Kuala Terengganu. Tak perlu melancong sehingga ke luar negara, di Kuala Terengganu pun sudah boleh memberikan kepuasan kepada korang semua.

Memandangkan situasi COVID-19 yang masih belum reda dan juga PKP serta PKPB masih dilaksanakan, niat untuk melancong ke tempat menarik di Kuala Terengganu perlulah ditangguhkan sehingga PKP ditamatkan dan tiada larangan rentas negeri.

Walaupun aktiviti rentas daerah dan negeri belum dibenarkan, tapi sekatan pergerakan 10 kilometer sudahpun ditamatkan. Jadi, bagi yang berada berhampiran kawasan Kuala Terengganu boleh lah ‘makan angin’ sambil menenangkan fikiran anda setelah beberapa lama ‘terkurung’.

Tapi, jangan lupa pula untuk mematuhi SOP supaya dapat mengelakkan risiko terkena virus membawa maut ini. Sementara PKP, boleh la kumpul wang dan cuti korang tu sebelum melancong ke Kuala Terengganu.

Gambar: Ahmad Sayyidi
Gambar: Ahmad Sayyidi
Gambar: Ahmad Sayyidi

Sumber: Muhammad Faizz

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa