Siakap Keli

(Video) Lelaki Idaman Wanita? Kawan-Kawan Rakam Lelaki Ini Menangis Tonton Drama Korea

Seperti yang sudah diketahui, drama Korea (K-drama) sentiasa mendapat tempat di hati rakyat negara ini sehingga  ada yang ketagih dan sukar untuk berhenti menonton. Ditambah pula, dengan adegan percintaan yang menyedihkan menyebabkan ramai yang turut sama dibuai perasaan.

Sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini, mungkin menjadi gambaran situasi sama yang dilalui oleh peminat drama Korea yang menangis menonton jalan cerita yang sedih seperti benar-benar berlaku.

Menerusi video berdurasi 2.26 saat, individu berkenaan dilihat sedang asyik menghayati drama di telefon bimbit sambil menangis teresak-esak tanpa menyedari yang dia sedang dirakam secara ‘curi-curi’ oleh seorang lagi rakannya.

Tetapi, apa yang melucukan adalah individu berkenaan merupakan seorang lelaki yang kelihatan ‘gagah’ dari luaran sekaligus menyebabkan semua rakan-rakannya tidak dapat menahan ketawa.

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut terhibur dengan aksi lelaki tersebut yang disifatkan ganas tetapi sebenarnya mempunyai ‘taman’ di dalam hati.

Ramai di antaranya tidak menolak bahawa drama Korea sememangnya pandai bermain dengan perasaaan dan jika dihayati dengan penuh penghayatan pastinya akan membuatkan sesiapa sahaja mengalirkan air mata tidak kira lelaki atau wanita.

Kalau lelaki macam ni boleh menangis, maksudnya cerita tu tak gagal

Ganas tapi dalam hati ada taman bunga

Memang akan menangis kalau hayati

Sumber: ViralMeletop

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.