Siakap Keli

Berjaya Temui Vaksin COVID-19, Pasangan Saintis Muslim Dianugerah Darjah Kebesaran Tertinggi Jerman

Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier dilapor bakal menganugerahkan pasangan saintis Muslim, Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci dengan Darjah Kebesaran Tertinggi Jermas di atas kejayayaan pasangan suami isteri itu menghasilakan vaksin COVID-19.

Dr. Ugur Sahin dan Dr. Ozlem Tureci merupakan keturunan kepada satu imigran Turki yang berhijrah ke Jerman suatu ketika dahulu.

Darjah Kebesaran Tertinggi Jerman yang dikenali sebagai Knight Commander’s Cross dijadual dianugerahkan pada 19 Mac ini di Istana Bellevue, lapor media DW.

Perkara berkenaan turut dikongsikan di laman facebook Pejabat Presiden Jerman.

Pasangan berkenaan yang juga pengasas kepada syarikat farmaseutikal BioNTech bergabung dengan syarikat farmaseutikal dari Amerika Syarikat, Pfizer dalam mengembangkan pembangunan vaksin CIVID-19.

Malah, vaksin yang dihasilkan oleh syarikat ini merupakan vaksin COVID-19 pertama yang mendapat kelulusan daripada Kesatuan Eropah.

Herzlichen Glückwunsch zum Verdienstorden, Özlem Türeci und Uğur Şahin! Die beiden Gründer des Pharma-Unternehmens…

Posted by Bundespräsident Frank-Walter Steinmeier on Friday, February 26, 2021

Sumber: DW

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.