Siakap Keli
Gambar: Petani Pitaya Bangga

(Gambar) Wanita Ubah Laman Rumah Jadi Kebun Hijau, Dipenuhi Sayur-sayuran Sihat Untuk Keluarga Makan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebanyakan mereka yang berminat dengan kebun dan tinggal di rumah yang ada tanah kosong, pasti tidak akan mensia-siakan ruang tersebut.

Biasanya tanah kosong itu akan dimanfaatkan dengan aktiviti bercucuk tanam pelbagai tanaman seperti pokok buah-buahan, sayur-sayuran, tumbuhan herba, bunga dan banyak lagi.

Baru-baru ini seorang warganet, Aisyah berkongsi di laman Facebooknya, Petani Pitaya Bangga tentang projek kebun mininya yang terletak di luar rumahnya di Kuang, Sungai Buloh di Selangor.

Menariknya, walaupun bukanlah seluas satu ekar dan tinggal pula di rumah jenis teres, namun kebun mininya itu begitu padat dengan pelbagai tumbuhan dan semuanya kelihatan begitu segar dijaga dengan baik.

Perkongsian gambar-gambar itu dituruti dengan satu kapsyen ringkas yang bertulis:

“Kehidupan saya sederhana dan simple, saya hanya berharap dapat meluangkan lebih masa lapang untuk menanam dan memasak sayur-sayuran untuk keluarga saya, terutama orang tua dapat makan dengan sihat, aku dah berpuas hati.”

Gambar: Petani Pitaya Bangga
Gambar: Petani Pitaya Bangga

Jelasnya, keluasan tanah kebun mini ini hanyalah seluas 7 meter x enam meter sahaja, manakala bagi ruang bagi rak pula adalah 2 meter x 4 meter.

Di bahagian rak yang bersusun ini, ia digunakan untuk tanaman buah gac, manakala lain-lain tanaman semuanya di blok tanaman.

“Antara sayur yang ditanam memenuhi kebun mini termasuklah salad, asparagusa, brokoli, sawi putih, sawi Hong Kong, terung putih Jepun, labu botol, keladi, terung. roselle, labu dan saderi.

“Manakala buah pula ada betik, gac dan nenas tapi tak banyak. Gac memanjat (hidup) di rak, betik ditanam di depan rumah dan nenas pula di dalam pasu,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli semalam.

Gambar: Petani Pitaya Bangga
Gambar: Petani Pitaya Bangga

Kos dekorasi kebun murah

Selain itu, kos bagi dekorasi kebun mini ini menelan belanja hingga kira-kira RM2,000 secara keseluruhannya.

Memandangkan ianya dipenuhi dengan dedaunan hijau, maka sudah pastinya tidak dapat lari daripada ancaman serangga dan haiwan. Tapi itu tidak menjadi masalah.

“Bagi ancaman serangga, saya gunakan cuka kayu, manakala bagi ancaman tupai dan tikus pula saya pakai sangkar tikus.

“Ancaman cuaca susah dijangka. Yang saya boleh buat adalah (kena) rajin menyiram pokok,” tambah Aisyah lagi.

Gambar: Petani Pitaya Bangga
Gambar: Petani Pitaya Bangga

Difahamkan, baja yang digunakan adalah daripada jenis organik. Sebab itulah semua tanamannya dipercayai boleh hidup dengan subur.

Jika diperhatikan, walaupun kebun ini tidaklah seluas mana namun beliau bijak menggunakan konsep gantungan sebagai alternatif bagi kekangan ruang yang sempit.

Malah dalam masa sama, hasil tanaman selepas tiba ‘musimnya’ dikatakan agak banyak. Kebanyakan hasil buah-buahan dan sayur-sayuran ini akan dimasak serta dimakan untuk santapan ahli keluarganya sendiri.

Kadang-kadang, ada juga yang dikongsikan sekali kepada jiran-jiran berdekatan. Dapatlah mereka semua merasai hasil tanaman ‘air tangan’ Aisyah ini juga.

Gambar: Petani Pitaya Bangga
Gambar: Petani Pitaya Bangga

Jika anda berminat untuk melihat banyak lagi gambar-gambar menarik di kebun mini Aisyah ini, bolehlah berkunjung sebentar ke laman Facebooknya Petani Pitaya Bangga.

Selamat berkebun semua.

Sumber: Petani Pitaya Bangga

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.