Siakap Keli
Gambar Via Mohamad Nazmi Zaidi Moni

Persoal Berat Baja, Pembeli Minta Maaf Lepas ‘Disekolahkan’ Penjual Berkelulusan PHD

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seperti yang diketahui, kebanyakan platform membeli belah dalam talian pada masa kini mempunyai pelbagai barangan yang semestinya sentiasa mendapat perhatian orang ramai.

Dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, ia sememangnya membuka peluang kepada ramai penjual untuk memasarkan barangan mereka.

Pun begitu, terkadang berlaku sesuatu yang tidak terjangka di antara penjual dan pembeli di dalam platform tersebut.

Manakan tidak, pembeli pastinya tidak mampu untuk merasai pengalaman seperti membeli sendiri di kedai, jadi rasa tidak puas hati terhadap barangan biasanya akan ditimbulkan.

Sama seperti yang dialami oleh penjual di dalam Shopee, Dr Mohamad Nazmi Zaidi Moni, yang menghadapi kerenah pelanggannya.

Menjual baja di dalam platform itu, Dr Mohamad Nazmi dipersoal  mengenai berat baja tersebut, pembeli yang mendakwa mempunyai kepakaran dalam bidang volumetric and weighing itu nampaknya tidak berpuas hati dan mula bertanya mengenai alat ukur yang digunakan.

Dengan tenang, Dr Mohamad Nazmi yang merupakan pemegang Sijil Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan mekanikal (dengan pengkhususan biomass energy) menjelaskan mengenai persoalan pembeli itu.

Maaf cakap, tapi janganlah pandang rendah kepada orang yang jual baja.

Ni kalau aku nak ajar ni, kena masuk teaching billable la pulak kan.

Tapi tak apalah. Mungkin dia tersalah konsep. Jadi aku betulkan.

Kalau dah buka gelanggang, kita pun bagi bunga la kan.

Janganlah kita mendabik dada dengan orang. Biasa-biasa sudahlah. Takut terkena buku dengan ruas.

Tapi apa aku tau, aku bukan specialist. Hanya field expert saja.

Dr Mohd Nazmi
Penjual Baja berkelulusan SPM (dan lain-lain)

Dia menerangkan satu persatu mengenai ketumpatan serta isipadu yang digunakan serta menawarkan bayaran balik jika pembeli itu tetap juga tidak berpuas hati.

Dalam satu kiriman yang lain, Dr Mohamad Nazmi berkongsikan sambungan daripada perbualannya dengan pembeli tersebut.

Pembeli itu telah memohon maaf dan berterima kasih kepadanya kerana telah jujur dalam melakukan perniagaan.

Dr Mohamad Nazmi juga meminta maaf kepada pembeli itu dan bersyukur segalanya telah selesai.

“Aku doakan ketenangan untuk cik ni dan aku bangga dengan beliau sebab beliau berjiwa besar untuk meminta maaf,” katanya menerusi kiriman itu.

Sumber: Mohamad Nazmi Zaidi Moni

Sofea

There's always another side to every story