PUTRAJAYA, 27 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 2,364 kes positif baharu hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 289,315 kes bersamaan 27,028 kes aktif dengan kebolehjangkitan.
Selangor terus mencatat angka harian tertinggi dengan 862 kes hari ini, diikuti Johor sebanyak 314 kes dan Perak dengan 305 kes.
Dalam pada itu, kes sembuh pula turut mencatatkan peningkatan dengan 3,320 kes sembuh baharu, ia menjadikan angka sembuh keseluruhan menjadi 270,166 kes setakat ini.
Bagaimanapun terdapat 10 lagi kematian hari ini.
Status Terkini #COVID19, 27 Februari 2021
Kes sembuh=3,320
Jumlah kes sembuh=270,166 kes
Kes baharu positif=2,364 kes (2,363 tempatan, 1 import)
Jumlah positif=298,315
Kes kematian=10
Jumlah kes kematian=1,121 kes
Kes dirawat di ICU=190 kes
Bantuan Alat Pernafasan=99 pic.twitter.com/RYiT8E8DBq— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 27, 2021
Sumber: KKM