Siakap Keli

TERKINI: Vaksin COVID-19 Sinovac Masih Dalam Penilaian NPRA – YB Khairy

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Vaksin Sinovac yang tiba di tanah air pada pagi ini dilaporkan masih dalam fasa penilaian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, kelulusan daripada NPRA itu melibatkan dua proses, termasuklah proses pengilangan di Pharmaniaga.

Dalam pada itu, jelasnya beliau tidak dapat menjangkakan pada waktu bilakah keputusan penilaian vaksin Sinovac itu akan dikeluarkan.

“Jawapan saya jelas hari ini, saya tidak tahu dan saya tidak boleh tahu. Sebab NPRA buat kerja secara bebas dan berkecuali. Saya tidak boleh tanya NPRA bila nak lulus, saya tidak boleh tanya pihak berkuasa kawalan dadah bila nak lulus.

“Jadi yang tepat dan menyenangkan hati rakyat ialah (jawapannya) ‘saya tidak tahu’,” katanya dalam satu sidang media perkembangan semasa ketibaan vaksin Sinovac di negara ini pada pagi ini.

Dalam pada itu, Khairy turut menyatakan bahawa orang awam sebaiknya tidak memaksa NPRA untuk membuat sebarang keputusan secara mendesak.

“Biar mereka buat kerja mereka, baru rakyat Malaysia senang hati tiada apa-apa desakan, tiada apa-apa tekanan terhadap badan regulatori kita,” tambahnya lagi.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'