Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

(Video) Anjing Selamba Tidur Masa Latihan Rompakan

Seekor anjing baka Husky membuktikan kepada tuannya bahawa ia tidak boleh menjadi penjaga yang sesuai kerana tidur semasa sesi latihan rompakan bersenjata kedai emas dilakukan.

Menurut laporan Daily Mail, kejadian di Chiang Ma, Thailand pada 16 Februari itu telah dirakam menerusi CCTV dan menunjukkan anjing itu membiarkan sahaja ‘perompak’ yang memegang senjata memasuki premis tersebut.

Gambar Via Daily Mail

Semasa latihan dijalankan, seorang lelaki dilihat mendekati kaunter kedai itu dan mengacukan pistol automatik replika ke arah pemilik kedai.

Worawut Lomwanawong yang memiliki kedai itu menunggu anjingnya yang bernama Lucky untuk sedar dan menyalak ke arah lelaki itu.

Dia berterusan melirik ke arah anjing itu dan berbisik untuk membangunkan  anjing yang mengantuk itu untuk beraksi.

Namun, Lucky meneruskan tidurnya walaupun pemiliknya telah berada dalam keadaan ‘bahaya’.

Gambar Via Daily Mail

“Saya baru menyedari bahawa Lucky mempunyai keutamaan yang lain. Dia lebih suka tidur daripada menjaga kedai kami.

“Saya telah cuba melatihnya apa yang harus dilakukan dalam kes seperti ini, tetapi dia hanya tidur semasa simulasi itu,” katanya.

Walaupun latihan rompakan itu gagal namun dia mengatakan bahawa dia masih lagi menyayangi anjingnya itu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story