Siakap Keli
Kredit: Google

Bomba Ambil Masa Lebih 48 Jam Padam Kebakaran Tapak Pelupusan Sampah

BUTTERWORTH, 28 Feb (Bernama) — Pihak bomba mengambil masa lebih 48 jam untuk memadam kebakaran lebih 900 meter persegi tapak pelupusan sampah di depo pembersihan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Ampang Jajar, di Jalan Permatang Pauh di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menyatakan, pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada 2.05 petang Jumaat sebelum jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Perai dihantar ke lokasi kebakaran.

“Sebaik pihak bomba tiba, kami mendapati kebakaran di kawasan tapak pelupusan sampah itu dan menghadapi kesukaran untuk memadam kebakaran kerana tiada punca air, bomba menggunakan sumber air daripada ‘water tanker’ untuk memadam api,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya pihak bomba turut menggunakan kaedah pemadaman sumber air dari sungai berhampiran dengan membuat semburan terus kepada bahan-bahan yang terbakar.

Beliau berkata pemadaman mengambil masa lebih 48 jam berikutan kebakaran berlaku di bahagian bawah dan perlu bantuan dua buah jengkaut dari MBSP bagi membuat pengasingan sampah yang telah terbakar.

“Seramai 150 orang pegawai dan anggota bomba dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran itu yang tamat sepenuhnya kira-kira 4.30 petang hari ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.