Siakap Keli
Kredit: Google

Diyakini Lebih ‘Bersih’, Ini Cara Nak Tukar Akaun Konvensional KWSP Ke Akaun Syariah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hampir setiap daripada kita masing-masing sudah tentu mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jika anda perasan, akaun KWSP kita terbahagi kepada dua pilihan, iaitu akaun konvensional dan akaun syariah.

Dan sebagai seorang Muslim, menjadi satu kemestian untuk kita mencari sumber yang halal lagi menyucikan, termasuklah berkenaan aliran kewangan.

Jika anda menggunakan akaun konvensional, adalah lebih baik jika ‘berhijrah’ kepada akaun syariah yang lebih mematuhi standard syara’. Itu lebih baik untuk keberkatan sumber ‘rezeki’ kita juga.

Sehubungan itu, perancang kewangan berdaftar, Siraj Fahmi (ShRFP) ini baru-baru ini ada berkongsi tentang kelebihan akaun syariah KWSP yang ramai tidak tahu, serta cara-cara menukar status akaun daripada konvensional kepada syariah. Jom ikuti perkongsian ini.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

Bila tengok ratio payout untuk simpanan syariah vs konvensional KWSP, nampak jelas masih ramai belum tukar jenis akaun kita ke akaun syariah.

Nampak macam dividen simpanan konvensional tu lagi tinggi (5.2% vs 4.9% untuk syariah), tapi tak macam tu sebenarnya.

69% daripada bayaran dividen konvensional tu datang daripada pelaburan yang tak mengikut landasan syara’. So kena ‘sucikan’ 69% daripada jumlah dividen 5.2% tu.

5.2% – (0.69 x 5.2) = 1.61

So yang actually boleh guna daripada dividen konvensional tu cuma 1.6% je lepas ‘disucikan’.

Cerita nak ‘sucikan’ tu pun panjang juga berdebatannya. Dah pernah kongsi jugak dulu rasanya.

Nak senang cerita, tukar sajalah akaun konvensional tu kepada akaun syariah kalau belum.

Saya up kan balik cara-caranya seperti di bawah.

Tukar status akaun KWSP kepada simpanan syariah secara online

  1. Log in ke I-Akaun anda. Website boleh, pakai aplikasi I-Akaun pun boleh.
  2. Klik tab ‘Simpanan Syariah’ dan tukar status daripada konvensional kepada syariah.
  3. Tunggu permohonan diluluskan.

Semudah itu untuk kita mencari yang lebih baik untuk diri kita sebagai seorang Muslim. Jom jom tukar kalau belum tukar lagi.

Dulu mungkin agak sukar sebab kena pergi office KWSP untuk tukar, tak boleh buat online. Sekarang dah tak ada alasan lagi.

#TSI
#TheSophisticatedInvestor

Sumber: Siraj Fahmi

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'