Siakap Keli

Guru Kecewa, Bersemangat Nak Ajar Anak Murid Siap Bawakan Sarapan Tapi Seorang Je Hadir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan mudah untuk menjadi seorang guru, apatah lagi ketika zaman serba moden ini, ditambah pula dengan cabaran pandemik COVID-19.

Setiap pelajar pasti ada peribadinya masing-masing. Ada yang baik lagi cemerlang, sudah tentu sering dipuji. Namun ada juga yang sebaliknya, kelompok ini kadangkala sering menduga kesabaran seseorang guru itu.

Baru-baru ini, tular di media sosial dua keping gambar yang ditangkap layar daripada ‘story’, tentang seorang guru yang kecewa dengan sikap anak muridnya.

Menerusi perkongsian di Twitter oleh warganet bernama Ammar ini, kes itu dialami oleh ibunya sendiri.

Apa yang terjadi ini? Jom kita perhatikan apa yang ditulis oleh ibunya dalam ‘story’ tersebut.

Difahamkan, ibunya sudah bersedia di sekolah untuk mengajar anak muridnya. Malah lebih menarik lagi, ibunya juga turut menyediakan bekalan makanan untuk mereka. Mulia sungguh hatinya.

Namun apa yang terjadi seterusnya amat menyedihkan.

Berdasarkan ‘story’ seterusnya, hanya seorang daripada 14 anak muridnya yang hadir pada hari tersebut. Boleh nampak kan hanya seorang sahaja yang dipercayai betul-betul serius mahu menimba ilmu.

Tertera tulisan ringkas ‘Kehadiran 1/14′ yang dituruti ’emoji’ menangis, jelaslah bahawa hati cikgu benar-benar sedih akan sikap mereka semua. Sampai hati tidak hadir ke kelas. Berjurai air mata mengenang nasib yang menimpa. Kasihan cikgu.

Lebih ‘memalukan’ lagi, Ammar turut menjelaskan bahawa semua pelajar dalam kelas ini – yang tidak hadir ini – kesemuanya adalah lelaki.

Ya, memang kecewa. Guru manalah yang tidak terasa hati dengan sikap pelajar yang sebegini kan? Apalah erti sebuah ilmu kalau tiada keberkatan padanya.

Bagaimanapun tambah Ammar, dia sendiri tidak menyelar isu ini kepada semua pelajar. Diakui masih ramai pelajar yang bagus, berdisiplin dan ikhlas menimba ilmu.

Cuma apabila seorang dua atau segelintir yang ‘buat perangai’ seperti kes ini, ianya saling tidak tumpah dengan perumpaan ‘kerana nilai setitik rosak susu sebelanga’. Pasti tanggapan orang awam akan menjadi negatif terhadap golongan pelajar ini.

Kita sudah masuk tahun yang kedua menderita sepanjang pandemik COVID-19. Namun itu bukanlah alasan untuk tidak ‘membina’ semula akal menyambung kembali pembelajaran yang sudah lama ‘tertangguh’.

Bagi pelajar yang berjaya ‘survive’, tidak kiralah apa jua cabaran sekalipun, mereka memang layak diberi pujian.

Akhir kata, ibu Ammar sempat menitipkan terima kasih kepada mana-mana pihak yang mendokong serta menyokong perjuangan para pendidik untuk terus cekal mendidik anak bangsa.

Bukan mudah, tapi bukan juga susah. Selagi mana bergelar guru, akan tetap kekal dikenang sebagai sumber ilmu.

Sumber: Twitter Ammar

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.