Siakap Keli
Kredit: BBC

Lelaki Dilapor Maut, Kena Taji Dengan Ayam Laganya Yang Dipasang Dengan Pisau

Ibarat ‘senjata makan tuan’, seorang lelaki di India dilaporkan terbunuh selepas ‘ditikam’ oleh ayam laganya sendiri.

Memetik laporan BBC, ‘pergelutan’ itu berlaku apabila ayam laga itu cuba melarikan diri ketika ditangkap, dikatakan pada ketika itu ia sedang ‘disiapkan’ tuannya untuk bersedia bagi sebuah perlawanan.

Bagaimanapun haiwan itu berlaku agresif sebelum sebilah pisau berukuran tiga inci yang dipasang di kakinya tertusuk ke peha lelaki tersebut.

Sejurus kemudian lelaki itu terpaksa dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan akibat berlaku pendarahan yang teruk.

Sementara itu, ayam laga itu pula didakwa telah ‘ditahan’ pihak polis dan dibawa ke balai untuk dihantar semula ke ladang.

Dalam masa sama, beberapa individu yang lain dipercayai peserta perlawanan ayam laga di situ turut ditahan atas kesalahan menganjurkan pertaruhan haiwan yang ganas hingga didakwa menyebabkan kematian.

Acara pertaruhan ayam laga di India adalah salah di sisi undang-undang sejak 1960 dahulu, namun terdapat beberapa wilayah seperti Telangana yang masih mengekalkan tradisi itu bersempena perayaan Sankrati.

Sumber: BBC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.