Satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 11.8% rakyat Malaysia meminum alkohol.
Umum mengetahui bahawa alkohol ini merupakan salah satu punca kanser. Hal ini kerana hampir 6 peratus kematian akibat kanser berpunca daripada tabiat minun minuman keras.
Justeru itu, pengambilan alkohol meningkatkan risiko terhadap 7 jenis kanser iaitu kanser mulut dan tekak, kanser larinks (kotak suara), kanser esofagus, kanser hati, kanser payudara dan kanser usus besar.
Jika boleh, amalkan hidup sihat dan elak minum minuman beralkohol setiap hari. Mungkin ia sukar tetapi dorongan dan sokongan orang sekeliling dapat membantu diri anda.
Sumber: KKM Myhealth