Siakap Keli
Gambar: Twitter

Rasa Sedih Bila Tengok, Viral Batu Nisan Dipakaikan “Face Mask” & Buat Ramai Insaf Bahaya COVID-19

Semua sudah maklum, salah satu usaha mencegah penularan wabak COVID-19 adalah dengan memakai topeng pelitup muka.

Malah kebanyakan negara pun melaksanakan mandatori pemakaian pelitup muka dalam kalangan orang awam dan jika tidak dipatuhi, kompaun akan dikenakan.

Namun apa yang tular di media sosial baru-baru ini sangat menginsafkan.

Kecoh sekeping foto yang dimuat naik oleh seorang netizen di Indonesia, batu nisan di sebuah tanah perkuburan di satu lokasi tidak dikenal pasti.

Jika dilihat dari jauh memang seakan tiada apa-apa, tapi bila diperhatikan, rupa-rupanya batu nisan ‘unik’ itu dipakaikan pelitup muka padanya.

“Tadi selepas ziarah ke kubur saudara, tiba-tiba terlihat kubur yang ada pelitup mukanya begini. Melihatnya membuatkan saya sedih sangat. Sentiasalah jaga orang yang kita sayang dan terus sihat ye teman-teman!” katanya netizen tersebut menerusi satu ciapan di Twitter.

Gambar: Twitter

Melihat keadaan tanah kubur yang masih ‘merah’ lagi, terbayang detik-detik sedih perpisahan yang diratapi waris si mati berkenaan.

Ramai warganet menzahirkan rasa sedih dan gerun apabila melihat kubur ini, barangkali terkenang semula kematian melibatkan COVID-19 yang meragut ahli keluarga dan saudara mereka sendiri.

Memetik laporan Liputan6, dikatakan mungkin niat sebenar si pelaku itu adalah bagi tujuan memperingati bahawa wabak COVID-19 bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan.

“Semoga batu nisan berpelitup muka ini menjadi peringatan buat sesiapa pun, bahawa pandemik ini adalah ancaman yang jelas bagi kehidupan.

“Dia tidak memandang siapa pun, jabatan apa pun, status sosial apa pun. Semuanya boleh menjadi seperti gambar (batu nisan, si mati) yang viral itu,” memetik kenyataan laporan tersebut.

Sumber: Twitter @corneliayurisa / Liputan6

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.