Siakap Keli

(Video) Arab Saudi Dilapor Berjaya Pintas Serangan Peluru Berpandu & Drone ‘Dipenuhi’ Bom Sasar Riyadh

Arab Saudi dilaporkan telah berjaya memintas dan menghentikan serangan peluru berpandu dan drone yang membawa muatan bom ke ibu negara itu pada Sabtu yang mensasarkan wilayah selatan.

Menurut ABC News, Arab Saudi mendakwa bahawa serangan terbaru itu telah dilancarkan oleh pemberontak Houthi dari Yaman.

Gabungan ketenteraan pimpinan Arab Saudi yang berperang dalam perang Yaman selama bertahun-tahun mengumumkan bahawa Houthi yang bersekutu dengan Iran telah melancarkan peluru berpandu balistik ke arah Riyadh.

Drone juga diterbangkan ke arah wilayah Jizan, dengan drone yang keempat menuju ke barat daya.

Tiada kemalangan jiwa atau sebarang kerosakan yang dilaporkan dalam serangan itu dan pihak Houthi juga masih belum mengeluarkan kenyataan.

Serangan itu berlaku ketika Timur tengah kini sedang menghadapi ketegangan yang semakin meningkat iaitu sehari selepas letupan misteri yang melanda kapal milik Israel di Teluk Oman.

Kedutaan AS di Riyadh mengeluarkan peringatan kepada orang Amerika untuk sentiasa berwaspada jika berlaku sebarang serangan pada masa akan datang.

Jurucakap pertahanan awam, Mohammed al-Hammadi, mengatakan bahawa serpihan yang tersebar mengakibatkan kerosakan harta benda pada sebuah rumah walaupun tidak ada yang cedera, lapor Saudi Press Agency.

Sumber: ABC News

Sofea

There's always another side to every story