Emas adalah suatu barang perhiasan yang sangat berharga kerana mempunyai nilai yang tinggi.
Ianya bukan sahaja boleh menjadi barang perhiasan, malahan ianya juga boleh menjadi suatu bentuk pelaburan.
Bagi emas perhiasan, penting untuk kita mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis emas yang dijual di pasaran. Ada yang luarannya besar namun dalamannya kosong dan sebaliknya.
Justeru daripada itu, seorang pengguna Twitter bernama @Nurnadiana_ ada berkongsikan tentang design barang kemas serta ketumpatan emas dalam setiap design yang terdapat di pasaran.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Mari saya ajar design-design barang kemas jenis hollow dan padu.
Beli emas kena ada ilmu.
Ini adalah thread. pic.twitter.com/fxg0PipJDO
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
1. RT Coco
RT stand for rantai tangan.
Untuk pengetahuan semua, coco adalah design yang kosong (hollow) Nampak besar tetapi kosong. Tidak selesa dipakai sesetengah orang kerana mengeluarkan bunyi macam tin kosong.
Tidak digalakkan untuk pakai harian
Next! pic.twitter.com/bNbvtvLb80
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
2. RT Lipan
Antara design yang hot jugak di kalangan makcik bawang sebab nampak besar.
Kosong! Kosong! Kosong!
Kena jaga pakai sebab dalamnya adalah kosong. pic.twitter.com/KsLYjgRNfm
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
3. RT Pulut Dakap.
Tak tahu celah mana asal usulnya pulut dakap tapi design ni antara design yang terkenal baru baru ini.
Ya betul. Kosong ya tuan-puan.
Untuk design ni kena hati-hati pakai sebab penyambungnya sangat kecil. Ramai complaint asyik putus. pic.twitter.com/Dw8LHmzp9P
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
4. RT Tapak Gajah.
Yes, gajah punya tapak, emas dapat nama.
Design ni tidak sesuai dipakai harian sebab kosong. Besar-besar kosong.
Sebab apa kosong? Sebab banyak ruang-ruang.
Tidak dipadati dengan emas. pic.twitter.com/iFB8NB6tv6
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
5. RT Pintal
Pintal seperti designnya jugak aaa gituew!
Pintal-pintal pusing.
Untuk pintal ada dua jenis. Gambar yang pertama kosong. Gambar yang kedua padu.
Nampak perbezaannya? pic.twitter.com/jZRTt1CsMV
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
6. RT Jagung
Jagung sebab design nya macam jagung kot.
Rantai tangan jenis jagung adalah padu!
Padu gaissssssss! Tak rugi beli. Padat dengan emas.
Jangan hairan kecil-kecil tapi padu daripada yang besar-besar tapi kosong. pic.twitter.com/2Uldepm4q1
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
7. RT Pandora.
Antara design yang memang terkenal di antara yang muda-muda. Pandora of courselah padu.
Pandora ada dua jenis. Satu jenis rantai tangan. Satu lagi jenis gelang tangan.
Pandora ni cantik dipakai buat gantung beads seperti dalam gambar. pic.twitter.com/7QVUAjlg0j
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
8. RT Siput.
Nama diberi siput sebab design macam siput. Sesuai lah kot.
Rantai tangan jenis siput adalah kosong.
Sebab ada ruang kosong di dalam yang boleh memerangkap habuk. pic.twitter.com/cbFO2Ud8fo
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
9. RT Gucci
Gucci gang!
Gucci ni selalu baby-baby je pakai. Orang gua mana pandang design macam ni. Design budak kecil katanya.
Gucci jenis kosong. Kena pandai pakai. Tapi sebenarnya design gucci ni manis je bila dipakai. pic.twitter.com/GlXXnkOVtX
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
10. RT Belut
Rantai tangan jenis halus je tak besar sangat.
Padu gais!
Satu yang tak best design belut ni ialah rasa kasar bila dipakai di tangan. Berbeza dengan mesin. Tapi belut lebih ✨bling-bling✨ dipakai berbanding dengan mesin. pic.twitter.com/Ivzi87mDuA
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
11. RT Mesin.
Haaa yang ni namanya mesin. Mesin ni hampir sama macam belut. Kalau tak tahu memang keliru sikit.
Mesin ni jenis padu. pic.twitter.com/k9OPpBbZpy
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
12. RT Biji Sawi.
Ini tengok bentuk pun tahu lah kenapa namanya biji sawi.
Design ni yang ni pun selalu budak kecil jugak yang pakai. Dewasa pun minat jugak tapi jaranglah kita tengok.
Biji sawi padu! Emas dalam biji-biji tu padat ya. pic.twitter.com/6Fo6rKGi6T
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
13. RT Bamboo Biji Sawi
Yang ni sama dengan design biji sawi cuma bezanya ada tambah bamboo.
Maka terciptalah nama bamboo biji sawi.
Gambar yang kedua pulak dia doublekan. Jadi terciptalah nama RT double bamboo biji sawi. pic.twitter.com/a58LCXCm2D
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
14. RT Gila-gila
Saya tak tahu mana asal usul nama gila-gila ni.
Tapi secara ringkasnya design ni adalah kosong.
Kena pandai pakai jugak sebab haluihhhh putus nanti nangis. pic.twitter.com/2ie8659Pbp
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
15. RT Sauh
Nampak tak beza gambar dua ni?
Sauh padu dan sauh kosong. Yang kecil tu padu tau. Yang besar tu kosong.
Haaaa jangan jaaaajjjjjj. Kecil-kecil cili paduuuuuu. pic.twitter.com/p7EBnCRBID
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
16. RT Bebola
Bebola sebab bentuk dia lah kan macam bola.
Rantai tangan bebola ni kosong. Kosong sebab yang dalam bola-bola tu takde isi. Bising sikit bila pakai.
Tapi manis bila dipakai. pic.twitter.com/D8unbNfNxH
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
19. RT Stamping
Rantai tangan jenis ni lebih kurang lah macam vitara jugak.
Design yang ni kosong. Tak best pakai setiap hari. Senang memerangkap habuk. pic.twitter.com/g8MWWEL62X
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
20. RT Polo
Kosong.
Rantai tangan jenis ni tak ramai yang tahu sebab design pun tak cantik sangat kalau kosong.
Tapi kalau tengok gambar yang kedua ketiga keempat bila rantai ni dihias cantik pulak kan! pic.twitter.com/YwSnxuvUtv
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
21. RT Putri
Rantai tangan putri ni kadang ramai jugak yang keliru dengan tapak gajah.
Tengok gambar yang kedua tu tapak gajah. Yamg pertama putri.
Boleh bezakan? Pening2 hahaha pic.twitter.com/tfyDoCm7dk
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
22. RT Snake Skin
Seramlah dengan nama dia pun ambil sempena nama kulit ular alahai.
Snake skin ni ada jenis kosong, ada jenis padu. pic.twitter.com/CgnFUv4P44
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
23. RT Double
Basically dua ni design sauh dan mesin tapi didouble kan.
Jadi terciptalah nama double sauh dan double mesin.
Lagi double lagi padu guys! pic.twitter.com/v7wrN3uZb6
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
24. RT Putra dan RT Putri Padu
Nampak tak bezanya? Bezanya ada pada mata.
Kalau puteri mata kat bahagian dalam. Kalau putera mata kat tepi. pic.twitter.com/pabVqLyH4g
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
25. RT Candy
Celah mana candy pun tak tahu lah.
Sesuai lah untuk datin-datin. Yang belah kanan candy jugak, tapi tambah coco. Jadilah coco candy. Haha apebenda lah.
Design padu. pic.twitter.com/1Ue1mr1uDL
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
26. RT Biji Ketumbar
Tadi kita ada biji sawi kan? Sekarang kita ada biji ketumbar pulak.
Biji ketumbar diambil sempena nama tumbuhan kot.
Padu jugak! pic.twitter.com/0E4Sh197II
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
27. RT Ketum.
Ya Ketum pun ada guys!
Cincin ketum ada, rt ketum pun ada.
Design ni tengok rupa pun dah tahu kosong. pic.twitter.com/q8FBwb4ctS
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
28. RT Biji Anggur
Biji sawi dah ✅ Biji Ketumbar pun dah ✅
Apa kata kita bagi nama biji anggur?
Haaa gituewlah terciptanya nama biji anggur.
Design ni depends jugak ada kosong ada padu. pic.twitter.com/YflgwJej51
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
29. RT Melur
Tak tahu mana dapat nama melur tapi design lebih kurang macam rt putra putri jugak.
Design padu. pic.twitter.com/XMQpThnjsW
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
30. RT Kelisa
Sejujurnya saya sendiri pun tak tahi apa beza kelisa dan Melur.
Tapi yang saya tahu kedua-keduanya adalah padu. pic.twitter.com/odNjB8pB3J
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
Ada banyak lagi design sebenarnya. Tak terkira.
Ada jenis kosong, ada jenis padu.
Tapi kena faham, kalau awak jenis ganas pakai yang padu pun boleh putus. Kalau awak jenis lemah-lembut sopan santun, pakai yang kosong pun takkan putus.
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
Bagi saya baik beli yang padu daripada beli yang kosong.
Padu nampak kecil, manis dipakai, tahan lama, tak mudah putus.
Kecil-kecil cili padu.
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 25, 2021
Maaf semua, saya tak mengatakan tak boleh beli emas yang kosong. Boleh beli, tak menjadi masalah. Ikut minat masing-masing. Lain org lain citarasanya ☺️
Seperti yang saya katakan di tweet di atas, kalau ganas pakai yang kosong mahupun yang padu pun memang akan putus or kemik.
— Nana saudagar emas (@Nurnadiana_) February 26, 2021
Sumber: @Nurnadiana_