Seorang lelaki boleh dikatakan ‘tidak jemu’ apabila memuat naik gambar selfie yang sama di Facebook dengan jumlah yang banyak pada setiap hari sehingga kini gambar tersebut telah mencecah 1,457,110 juta keping.
Lelaki tersebut yang menggunakan akaun dengan nama Kozanlı Volkan dari Adana, Turkey, dilihat memuat naik gambar individu dipercayai dirinya dengan memakai baju berwarna merah sambil mengambil gambar selfie dalam keadaan menutup mata.
Akaun tersebut turut dilihat memiliki rakan atau pengikut yang ramai di Facebook dengan jumlah 5,000 rakan tetapi tidak memuat naik sebarang status atau perkongsian yang lain selain gambar selfie yang sama saban hari dengan menutup ruangan komen.
Menerusi muat naik terbaru pada minggu lalu, Kozanlı menjadi ‘terkenal’ apabila gambar yang sama meraih 4.5 ribu tanda suka dan 1.4 ribu perkongsian oleh warganet yang mungkin hairan akan motif sebenar lelaki ini di sebalik perkongsian jutaan gambar yang sama berulang kali.
Kemungkinan cubaan lelaki ini untuk menjadi terkenal di Facebook berjaya apabila gambar yang selfie yang dimuat naik menjadi tumpuan ramai dengan warganet mula menyedari kehadirannya.
Tetapi, tidak dapat dipastikan motif sebenar individu yang bernama Kozanlı Volkan ini. Adakah dia benar-benar wujud atau sebaliknya.
Sumber: FB Kozanlı Volkan