Siakap Keli
Kredit: Dieya Dekya

“Rajin-Rajin Check Hos..,” Wanita Kongsi Detik Cemas Dapur Terbakar Akibat Hos Gas Tercabut Ketika Memasak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Malang tidak berbau. Kadangkala, ketika kita melakukan kerja rutin seharian pun, malapetaka boleh terjadi. Sedang elok memasak, tiba-tiba gas bocor hingga berlaku kebakaran dengan api yang marak. Syukur umur masih panjang, api akhirnya berjaya dipadamkan dengan bantuan jiran.

Inilah yang dihadapi Puan Dieya Dekya ketika sedang memasak pada minggu lalu sambil ditemani anaknya. Pengalaman menakutkan itu dikongsikannya dalam komuniti Facebook sebagai peringatan kepada orang ramai.

Dalam gambar dikongsikan Puan Dieya, jelas kelihatan kesan terbakar dipercayai akibat api yang menjulang pada dinding dapurnya. Malah, raga plastik yang diletakkan berhampiran juga cair kerana kepanasan. Semuanya berpunca apabila hos gas tercabut secara tiba-tiba daripada dapur.

Ni memang betul-betul masak tak jadi.

Walaupun dah seminggu perkara ni berlaku, den masih tak berani nak masa.

Kesnya tengah masak hos tercabut dengan anak umur 1 tahun lebih duduk sebelah kita, memang terus jerit keluar rumah mintak tolong. Nasib ada jiran tolong padamkan sementara tunggu bomba. Gambar selepas kejadian je ada. Masa api marak den lari tak cukup tanah, takut gas meletup punya pasal.

Tambahan: Asal meja atas kabinet. Sehari sebelum kejadian saya mengemas dapur dan letak dapur gas tu atas meja. Terima kasih atas teguran semua.

Kredit: Dieya Dekya

Tambahnya, pihak bomba sempat menitipkan pesanan agar mengelakkan penggunaan hos yang bergantung kepada klip tangan semata-mata.

“Bomba kata mungkin sebab tumpahan minyak yang dah lama menyebabkan hos tu keras. Serta kecuaian saya semasa alihkan dapur. Nasihat bomba, elakkan pakai hos yang klip guna tangan sahaja. Sebab dah banyak kes hos tercabut,” kongsinya kepada Siakap Keli.

Tambah beliau, sebaiknya, ketatkan hos dengan menggunakan klip besi dan pemutar skru pada bahagian sambungan dengan kepala gas bagi memastikan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Dieya Dekya via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.