Siakap Keli
Gambar: M.K Izzuddin

(Video) Dah Lama Tak Beraksi, ‘Transformers’ Muncul, Sambut Murid Masuk Sekolah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pelbagai persiapan dilakukan para guru sempena sesi persekolahan yang kembali bermula. Daripada menyediakan bahan bantu mengajar hinggalah menyambut kedatangan murid-murid di pintu masuk sekolah, semuanya telah disiapkan lebih awal demi membakar semangat pelajar yang kembali ke sekolah.

Malah, bagi warga sekolah SK Kubang Kerian 3, mereka bertindak satu langkah ke hadapan apabila menggunakan watak ‘Transformers’ untuk menyambut para pelajar mereka.

Video ini telah dikongsikan oleh seorang guru, M.K Izzuddin di Twitter.

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata memuji tindakan berkenaan.

Tabah bangun pagi pakai kostum demi anak-anak bangsa

Comel je berjalan

Kalau macam ni, aku pun nak pergi sekolah

Macam bapak-bapak hantar anak ke sekolah

Sekolah ada dinosaur

Hebat sungguh

Sumber: M.K Izzuddin

Amira

Love yourself.