Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Bertuah, Wanita Dilapor Temui Objek Dipercayai ‘Muntah Paus’ Bernilai Sekitar RM1.07 Juta

Seorang wanita di Nakhon Si Thammarat, Thailand mendapat tuah setelah menemui muntah paus dipercayai bernilai hampir £190,000 (kira-kira RM1.07 juta).

Menurut Daily Mail, bahan itu telah ditemui Siriporn Niamrin, 49, ketika berjalan di sebuah pantai berhampiran rumahnya pada 23 Februari lalu.

Ketika bersiar-siar selepas hujan lebat, wanita itu dikatakan terlihat sebuah objek besar terdampar di persisiran pantai berkenaan. Selepas diamati dengan lebih dekat, wanita itu percaya objek tersebut adalah sesuatu yang berharga, tulis portal berkenaan.

Bersaiz 12 inci lebar dan 24 inci panjang dengan berat sekitar 6.8 kilogram, muntah paus itu dianggarkan bernilai sekitar £186,500 (kira-kira RM1.05 juta).

Kredit: Daily Mail

“Jika ia betul-betul asli, saya boleh membantu komuniti saya sebaik sahaja ada pembeli. Saya rasa amat beruntung menemui bahagian yang cukup besar,” kata wanita itu sementara menanti pakar untuk mengesahkan keaslian bahan berkenaan.

Ambergris merupakan muntah paus sperma yang mendapat permintaan tinggi dalam industri minyak wangi. Hal ini kerana ia digunakan untuk menjadikan bau minyak wangi tahan lebih lama.

Sebelum ini pada 2016, beberapa nelayan di Oman dilaporkan menemui kira-kira 79.8kg ambergris dan berjaya menjualnya pada harga £2.1 juta (kira-kira RM11.8 juta).

Kredit: Daily Mail

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.