Siakap Keli

‘Port’ Street Art Baru Di KL Wajib Terjah, Rugi Tak Bergambar Macam Ayda Jebat Sebab Korang Boleh Menang Hadiah

Ramai yang dah boleh menarik nafas lega apabila semua ngeri telah bertukar status kepada PKP dan PKPB. Jadi, bagi mengubat rindu untuk keluar jalan-jalan dengan kawan and family korang, kami nak share satu Street Art menarik di KL yang korang boleh check out lepas ni and siap boleh menang hadiah lagi! 

Lain dari yang lain, Street Art yang boleh bertukar design dan warna dari siang ke malam ini dihasilkan oleh OPPO dengan menggunakan hasil seni kreatif oleh graffiti artist Abdulrashade, iaitu OPPO Reno5 Friendship Wonderland. Tapi Street Art ni bukan biasa-biasa tau, design yang dihasilkan memang penuh dengan details menarik.

Pada waktu siang, mural ini menggambarkan pelbagai mercu tanda terkenal dari seluruh dunia, seperti Statue of Liberty, Eiffel Tower, Pyramids of Ancient Egypt, Mount Fuji dan banyak lagi! Untuk korang yang kaki travel, tapi sekarang tak dapat travel ke luar negara, apa kata nanti korang singgah ke Street Art ni untuk mengubat rindu korang untuk travel ke luar negara.

Lain pula pada waktu malam. Mural ini akan bersinar dan dihiasi dengan pelbagai bentuk lampu LED yang menukarkan matahari menjadi bulan! Eiffel Tower, Statue of Liberty, Mount Fuji juga akan dihiasi dengan lampu LED, menjadikannya bertambah cantik dan cool beb! Paling unik, untuk jadikan mural ni menyala, korang kena kayuh basikal yang disediakan di situ. Menarik!

Tak sabar kan nak pergi OOTD kat situ nanti? Dah alang-alang pergi OOTD tu, boleh join contest Snap & Win sekali! Boleh menang banyak hadiah menarik! 

Follow je langkah-langkah mudah ni:

  1. Rakam gambar atau video menarik dan kreatif di dinding mural OPPO Reno5 5G Friendship Wonderland
  2. Upload gambar korang ke Instagram dan hashtag #OPPOReno5Wonderland dan #PictureLifeTogether. Tag jugak @oppomalaysia dan kawan-kawan korang tau!
  3. Submit penyertaan korang ke link – http://bit.ly/3dMjwO7 
  4. Pastikan profile korang Public
  5. Nantikan pengumuman pemenang di Instastories OPPO Malaysia pada 6 April 2021!

Peraduan ni berlangsung sehingga 31 Mac 2021, so korang boleh cepat-cepat pergi ke OPPO Reno5 Friendship Wonderland sebab hadiah dia sumpah best! Korang akan berpeluang untuk memenangi OPPO Reno5 5G, OPPO Watch dan OPPO Enco W51!

So apa yang best sangat dengan OPPO Reno5 Series 5G? Jom check out!

OPPO Reno5 Series 5G ini terbaik sebab dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini dan fungsi kamera yang power sampai ramai yang kagum dan jatuh hati!

Design yang menarik

Siapa je tak jatuh cinta bila tengok telefon pintar dengan design menarik menggunakan Reno Glow. OPPO Reno5 Series 5G yang berwarna Galactic Silver turut didatangkan dalam warna Starry Black, sangat sleek dan kemas untuk penggemar warna hitam. Memang nampak elegan dan lawa sangat lah kalau dipakai!

Pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W

Tak cukup kalau ada semua fungsi best tapi bateri pula cepat habis. Memang spoil kan. Tak perlu risau sebab peranti OPPO memang dah sinonim dengan kuasa pengecasan kilat yang membolehkan korang full charge telefon dalam masa beberapa minit sahaja. Kali ini, OPPO Reno 5 didatangkan dengan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W melalui USB-C. Dah tak ada masalah bateri cepat habis kalau suka ambil gambar atau rakam video!

Kamera 64MP untuk video dan gambar hebat

Kalau korang perasan sekarang, semua orang lagi suka tengok video kan? Jadi, untuk jadi pengguna sosial media yang hebat, apa kata korang check out kehebatan fungsi kamera pada OPPO Reno5 Series 5G ni. Macam-macam jenis video korang boleh buat dan yang paling penting, kualiti memang tiptop dengan rakaman yang lebih jelas dan lancar sebab kameranya 64MP. Memang power!

AI Highlight Video

Kalau korang nak tahu, OPPO Reno5 Series 5G ini memiliki keupayaan Al Hightlight Video, pertama seumpamanya di telefon pintar OPPO. WOW! Phone ni boleh tingkatkan kualiti rakaman korang, agar video yang diambil nampak lebih cerah dan natural mengikut keadaan.

Kalau ambil video pada waktu siang pula, OPPO Reno5 Series 5G dilengkapi dengan Live HDR, so korang tak perlu risau dengan background cahaya yang tinggi. Subjek dan latar belakang akan nampak sempurna sebab fungsi pada kamera akan menjadikan video tidak terlalu gelap atau terlalu terang (over-exposure). Best kan!

Nak ambil video pada waktu malam? Dalam gelap? Tak ada hal, sebab OPPO Reno5 Series 5G ada Ultra-Night Video yang akan mencerahkan video dengan kualiti terbaik. So, bila-bila masa pun sesuai untuk korang rakamkan momen best dengan kualiti terbaik!

Dual-view Video

Dengan OPPO Reno5, korang boleh menghasilkan dua video dengan Dual-view Video dalam satu rakaman dengan menggunakan kamera hadapan dan kamera belakang.

Korang boleh buat content video yang pelbagai mengikut kreativiti korang. Contohnya, boleh buat reaction video. Sambil buat rakaman guna kamera belakang, korang boleh rakam reaksi muka sendiri guna kamera hadapan. Memang best!

Korang boleh check out video comel Elizabeth Tan dan kawan baik dia Talitha Tan ni, ha macam ni la fungsinya Dual-view Video!

Night-Flare Portrait

Kalau korang memang dah lama jadi penggemar OPPO, mesti korang tau fungsi kamera Night Flare Portrait ni kan? Ia menjadikan gambar korang lebih terang, jelas dan menambahkan effect bokeh pada cahaya ketika ambil gambar pada waktu malam!

Image-clear Engine (ICE)

Kalau korang nak tahu, ini adalah kali pertama OPPO hadir dengan kamera yang mempunyai teknologi ICE ni. OPPO Reno5 Series 5G ini dilengkapi dengan teknologi ICE yang meningkatkan kestabilan dan membolehkan korang snap gambar objek yang bergerak. Senang cerita, walaupun orang atau objek dalam gambar korang bergerak, tak blur langsung gambar korang.

Ultra Clear 108MP Image

Zoom banyak mana pun tak jadi masalah, sebab OPPO Reno5 Series 5G didatangkan dengan ciri kamera Ultra Clear 108MP Image yang membolehkan korang snap gambar dengan resolusi tinggi, sampaikan dah zoom pun, masih Ultra Clear!

Kepantasan 5G

Korang suka main game? Tengok movie? Memang OPPO Reno5 Series 5G ni pilihan terbaik untuk korang sebab ia dilengkapi dengan kepantasan 5G! Kami yakin mesti ramai je dah tahu apa kehebatan 5G ni kan. Dengan kepantasan 10 sehingga 100 kali lebih laju dari 4G dan keluasan sambungan juga jauh lebih hebat, nak main game, tengok movie, tengok TikTok, video call semua tak ada masalah. Memang laju!

ColorOS 11

Smartphone yang hebat, kena lah dilengkapi dengan sistem operasi yang sama hebat. OPPO Reno5 Series 5G didatangkan dengan ColorOS 11. Apa yang hebat tentang ColorOS 11 ni? Jom cerita.

FlexDrop

FlexDrop ni membolehkan korang multi-tasking dengan membolehkan korang guna pelbagai aplikasi dalam satu masa. Siap boleh ubah layout multi-tasking korang tu untuk keselesaan korang. Senang nak buat kerja, reply WhatsApp atau tengok Netflix nanti.

Full Scenario Game Optimization

Haaa, ini untuk para gamer sekalian. Untuk tak nak kacau mood korang time main game, ColorOS 11 ni ada Bullet Screen Message. So takde la korang touch benda lain masa tengah syok main game. Ada juga Gaming Shotcut Mode, Adjustable Gaming Touch dan Gamer Mode untuk korang selaraskan keselesaan korang semasa main game.

Three-finger Translate

Ada benda nak diterjemah? Senang, guna tiga jari je, terus siap! Mudah kan, tak payah nak tukar-tukar aplikasi.

Ha, dah jatuh hati kan dengan OPPO Reno5 Series 5G?

Apa tunggu lagi? Jom beli sekarang juga! Dapatkan hadiah misteri percuma bernilai RM99-RM259 kalau korang beli OPPO Reno5 Series 5G pada 1-31 Mac 2021! Rugi sangat kalau korang terlepas peluang ini!

OPPO Online Store: http://bit.ly/38DNtwO

OPPO Brand Store: https://bit.ly/3si6r3M 

Layari Facebook OPPO supaya korang tak terlepas peluang dan sebarang promosi untuk mendapatkan OPPO Reno5. Jom jadi yang terawal dapatkan phone paling awesome ini! Untuk perbezaan OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro, korang boleh rujuk kat bawah ni:

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.